`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 20, 2021

Banjir kilat di Melaka, 2 terpaksa naik bumbung kereta

 

Kereta yang terperangkap dalam banjir kilat di Melaka, dengan ada individu terpaksa naik ke bumbung kereta sementara menunggu bantuan tiba. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua lelaki terpaksa naik ke bumbung kereta mereka akibat terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Jasin-Melaka, dekat Kg Asam Kumbang di Melaka petang ini.

Hujan lebat berterusan lebih empat jam itu turut menyebabkan beberapa kawasan di Ayer Keroh, Bukit Beruang, Batu Berendam, Merlimau dan Jasin dinaiki air.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dikerahkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa terkandas.

“JBPM Melaka menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang ada mangsa terperangkap.

“Kedua-dua mangsa ini bertindak keluar dan berdiri di atas kereta, sementara menunggu bantuan tiba,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Harian Metro, sambil menambah pasukan pemantauan banjir turut digerakkan bagi memantau paras air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.