`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 20, 2021

Suami maut ditikam isteri dengan besi kaki payung

 

Polis menemui senjata yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di bahagian belakang rumah.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam isterinya dalam pertengkaran di Kampung Laksamana, Batu Caves, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam apabila lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed, berkata dalam pertengkaran itu, mangsa dipercayai mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek.

Katanya, suspek bertindak balas dengan mematahkan besi kaki payung lalu terus menikam mangsa di bahagian bawah perut.

“Akibat tindakan itu, mangsa rebah dan terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan meninggal dunia.

“Kita menerima panggilan kira-kira 12.35 tengah malam daripada jiran mangsa yang memaklumkan berhubung kejadian itu,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Zainal berkata, pihaknya telah menemukan senjata digunakan suspek untuk menikam mangsa di bahagian belakang rumah suspek.

Katanya, wanita berusia 26 tahun turut ditahan dan direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian adalah kerana cemburu. Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan esok selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh.

“Sekiranya terdapat maklumat tambahan daripada orang awam bolehlah berhubung dengan pegawai penyiasat Agilan Iswaran di talian nombor 03 61262222/019 5230801,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.