`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 23, 2021

Polis siasat anggota enggan terima laporan kes cabul

 

Soffian Santong berkata, keengganan pegawai atau anggota polis menerima laporan orang awam ialah kesalahan amat serius dan tidak boleh dikompromi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang anggotanya enggan menerima laporan berhubung kes cabul yang tular di media sosial sejak kelmarin.

“Pihak polis dan saya sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman dan beri jaminan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil akan dijalankan berhubung dakwaan yang tular di media sosial iaitu Facebook itu.

“Jika terkesan ada salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan prosedur penugasan, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada semua pegawai atau anggota yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong dalam kenyataan yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, tindakan pegawai atau anggota polis enggan menerima laporan orang awam merupakan kesalahan amat serius dan tidak boleh dikompromi.

Katanya, selepas dakwaan itu tular, pengadu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan dan mengesahkan dakwaan itu.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan.”

Pada 21 Okt lepas, satu hantaran di Facebook Urban Life Volunteers mendakwa anggota polis dari IPD Timur Laut enggan menerima laporan yang hendak dibuat seorang mangsa cabul, dipercayai berlaku dalam sebuah tandas wanita di Komtar.

Beberapa individu dan badan bukan kerajaan tampil menyuarakan pendapat, dengan kebanyakannya menyalahkan polis kerana didakwa enggan menerima laporan mangsa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.