`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 19, 2021

Dakwaan ADUN pukul bekas isteri, siasatan dihantar ke Bukit Aman

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hasnul Baharuddin , didakwa memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38.

PETALING JAYA: Siasatan berhubung dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib Hasnul Baharuddin mencederakan bekas isterinya kini dalam peringkat kajian di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, berkata kes berkenaan telah dirujuk untuk kajian di Bukit Aman sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah.

“Kes telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk kajian sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya menurut laporan Kosmo.

Difahamkan, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sebelum ini, dilaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ADUN Morib yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu kononnya memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38.

Juliani dikatakan membuat laporan di sebuah balai polis dalam daerah Kuala Langat mendakwa kejadian itu berlaku pada 21 Ogos lalu, ketika kedua-duanya masih pasangan suami isteri.

Hasnul dari Amanah bagaimanapun mendakwa laporan itu dibuat dengan ‘niat jahat’ selepas perceraian mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.