`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 13, 2021

Kepada Pengundi Melaka - Jangan Lupa Pecahkan Undi Anda. Dan Sila Dengar Mesej Rani Kulup aka Ayah.

 Sila lihat Sdra Rani Kulup aka Ayah memberi nasihat dan sepatah dua kata untuk makluman para Wakil Rakyat.




Jelaslah bahawa jawatan Wakil Rakyat sekarang makin menjadi jawatan yang paling pari_h dalam negara kita.  Persepsi umum terhadap Wakil Rakyat makin menjadi seperti binatang atau haiwan yang kotor atau jijik - setaraf anjing, ular, lintah dan lipas. (Dan katak sekali). 

Bagi Wakil Rakyat yang veteran, mereka sudah tidak peduli apa pun persepsi rakyat terhadap mereka. Yang penting bagi mereka ialah bahawa mereka menang pilihanraya.

Jika mereka menang saja, maka semuanya akan beres. Hidup mereka akan senang dan mewah. Tak kira lah jika mereka dilihat seperti anjing ke, ular ke, lintah ke atau lipas. They dont care.  As long as mereka boleh lompat macam katak, atau terima katak yang lompat, selagi mereka ada jawatan, selagi mereka ada kuasa maka mereka tidak peduli sedikit pun apa persepsi rakyat terhadap mereka. 

Maksudnya mereka tidak peduli Rani Kulup membuat video ini.  Jika mereka ada rezeki mereka akan menang pilihanraya. Jika mereka tidak ada rezeki maksudnya mereka akan kalah.   Bukan sebab Rani Kulup marah atau tak setuju.

Kepada pengundi di Melaka, jangan lupa pecahkan undi Tuan-Tuan. Jika satu famili atau dua atau tiga undi, sengaja pecahkan undi anda dan bahagi-bahagikan undi anda antara dua atu tiga parti lain-lain di satu kawasan mengundi. 

Jangan bagi sesiapa pun menang besar.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.