`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 13, 2021

Ketua Menteri (Sementara) Tunjuk Dangkal - Dedahkan "Desperate-nya" Kepada Singapura

 Sila baca berita berikut :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/12/bn-tidak-akan-benarkan-hsr-lalui-melaka-jika-tak-berakhir-di-singapura




  • Melaka tidak akan benar HSR jika berakhir di JB, bukan Singapura
  • Ketua Menteri kata ini penting untuk bawa limpahan ekonomi ke Melaka 
  • 'Sebab itu saya minta HSR dari KL ke S'pura diberi keutamaan'
  • Jika BN diberi mandat saya akan menolak HSR jika akhir di JB, bukan S'pura
  • HSR dari KL ke Jurong East, S'pura, dengan hentian di Melaka

My comments : 

Saya cakap omputih sajalah hari ini.  Hello Ketua Menteri Sementara, kenapa awak ini pi pecah rahsia kita kepada Singapura? Singapura pun baca newspaper lah. Now they know your "weakness". So now the Singaporeans will demand higher concessions from us.  

Singapura pun faham kau punya desperate nak sambung keretapi HSR sampai ke dalam kotaraya Singapura. Sampai kau sanggup nak batal HSR kalau dia tak masuk Singapura !! Nauzubillah! Why so stupid?

Dulu Singapura memang sudah ambil peha kau. Sekarang Singapura akan minta betis dan peha kedua belah kaki kau.  Why are you so stupid nak tunjuk kau begitu desperate kepada Singapura? 

Yalah kalau HSR boleh sampai ke Jurong East atau sampai ke tengah-tengah Orchard Road ke itu memang bagus. Tapi kalau tak sampai ke Singapura pun tak apa.

Kalau tak masuk Singapura kita buat saja HSR dari Kuala Lumpur sampai dia jatuh ke dalam laut di Johor Bahru, depan-depan Singapura.   

Sebab jarak antara JB dengan Singapura kurang lebih 2,500 kaki sahaja (atau 0.48 Batu atau 0.8 km sahaja). Sila lihat peta.



Bagi engineer yang faham buat jalan, buat jambatan, buat terowong, buat escalator dan walkalator depa akan senyum lah. 2,500 kaki itu terlalu singkat. Contohnya, bila disambung-sambung, 'walkalator' di KLIA pun sudah lebih daripada 2,500 kaki panjang lah (Sila tengok gambar ini).

Kita berjalan kaki dari rumah ke surau pun tak sampai 2,500 kaki.

Orang Singapura tidak ada pilihan yang banyak. Samada dia boleh menghala ke utara pergi ke Johor, Melaka, Pahang dsbnya atau dia boleh menghala ke selatan dan jatuh dalam laut. Nak pergi ke Batam pun kena naik feri. Dan percayalah Batam is not Malaysia. 

Jadi kita memang mempunyai advantage yang sangat besar.  Percayalah kalau keretapi HSR sampai ke Johor Bharu sahaja orang Singapura akan terpaksa buat "connection" sendiri untuk permudahkan mereka naik keretapi HSR.

Cuma nasihat saya stesen HSR di JB itu mesti sampai ke tepi laut berdepan-depan Singapura. Kalau tak cukup tanah, buat lah stesen underground. Jangan pula pi letak stesen HSR JB itu di tengah hutan entah mana (mungkin di tempat para kroni sudah beli tanah).  Make the people's life easy first. Dont make YOUR OWN life rich first. 

Saya pernah menaikki keretapi High Speed Rail antara Brussels dan London. Keretapi High Speed Rail (HSR) antara London ke Paris (contohnya) mempunyai banyak sambungan ke banyak tempat di London dan England serta kawasan sekitaran Paris, dengan landasan bercabang ke Belgium. Oleh itu mereka terpaksa membina atau menggunakan stesen keretapi yang jauh juga jarak antaranya. Sebab 'catchment' area mereka sangat luas.

Singapura langsung tidak mempunyai kawasan "pendalaman" atau 'catchment' area.  Tetapi bilangan penduduk Singapura sudah hampiri ENAM juta orang yang sangat memerlukan 'lebensraum' atau 'ruang untuk bernafas'.

Jadi percayalah, kalau keretapi HSR kita berhenti di JB pun, orang Singapura akan cari jalan untuk menaikki HSR untuk datang ke Melaka, untuk shopping di Kuala Lumpur dsbnya.  

Kelebihan itu adalah kepada kita. Tetapi jangan pula kita nak buli-membuli Singapura. Sudah bodoh jangan jadi samseng pula. 

Tetapi understand our strengths. Fahami kelebihan kita. Jangan pula bodoh desperate buat kenyataan kepada umum bahawa kalau tak ada Singapura, tak ada Melaka pula. Stupid betul lah. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.