`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 30, 2024

26 bekas senator menang rayuan pencen lebih tinggi ikut gaji semasa

 

Mahkamah memutuskan undang-undang yang menjadi sandaran kerajaan ialah perundangan subsidiari dan tidak boleh digunakan secara retrospektif untuk mengambil hak perayu.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 26 bekas senator bagi mengisytiharkan bahawa pencen mereka berhak dikira semula mengikut semakan yang berkuat kuasa 1 Jan 2015.

Justeru, mereka berhak mendapat pencen lebih tinggi berdasarkan gaji semasa senator, serta kenaikan tahunan sebanyak 2% mengambil kira inflasi.

Hakim Azizul Azmi Adnan ketika menyampaikan keputusan sebulat suara sidang tiga hakim berkata, undang-undang yang menjadi sandaran kerajaan ialah perundangan subsidiari dan tidak boleh digunakan secara retrospektif untuk mengambil hak perayu.

“Justeru rayuan itu dibenarkan sewajarnya. Kami mengetepikan perintah mahkamah bawahan dan mengarahkan supaya setiap pihak menanggung kos dalam rayuan ini,” kata Azizul.

Sidang dipengerusikan oleh Lee Swee Seng. Ia juga dianggotai oleh Che Ruzima Ghazali.

Bekas senator-senator diketuai Idris Buang memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah, pada 15 Ogos 2019.

Permohonan mereka pada asalnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.

Krishna Dallumah, Indran Kumaraguru, dan Nasuha Badrul Din mewakili perayu; manakala Peguam Kanan Persekutuan Rahazlan Affandi Abdul Rahim, Liew Horng Bin, dan Nurul Muhaimin Azman tampil bagi pihak responden iaitu ketua pentadbir Parlimen dan kerajaan.

Krishna berhujah pelaksanaan secara retrospektif yang mengehadkan kenaikan bayaran pencen tahunan kepada 2% bagi senator yang berkhidmat sebelum 2015 adalah tidak mengikut Perlembagaan.

Katanya, pengunduran tarikh tidak dibenarkan oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan), dan pindaan yang diwartakan pada 4 Mac 2015 tapi bermula dari 1 Jan 2014 itu merampas hak anak guamnya.

Katanya, disebabkan pindaan itu, senator dan Ahli Parlimen yang berkhidmat sebelum 2015 menerima kenaikan pencen sebanyak 2% berdasarkan gaji bulanan RM4,112.79.

Bagaimanapun, rakan sejawat selepas 2015 menikmati kenaikan pencen yang sama berdasarkan gaji yang telah disemak semula, iaitu sebanyak RM11,000 yang dilaksanakan pada 1 Jan 2015.

Krishna berhujah bahawa anak guamnya tidak dilayan sama rata, melanggar Perkara 8 Perlembagaan, dan mereka berhak menikmati kenaikan pencen berdasarkan gaji bulanan RM11,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.