`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 31, 2024

Penyambungan paip di Sg Perai siap, bekalan air disalur lebih awal

 

Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada Disember dan Januari lepas. (Gambar Bernama)

GEORGETOWN: Kerja-kerja penyambungan dua paip 600 mm merentasi Sungai Perai bagi menggantikan saluran paip yang bocor di dasar sungai itu siap sepenuhnya awal pagi tadi.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan, memaklumkan mengikut perancangan awal kerja itu yang bermula pada 11.30 malam tadi sepatutnya selesai 2 petang ini, namun ia telah siap lebih cepat daripada yang dijadualkan.

“Berikutan itu, pemulihan bekalan kepada 84% daripada 120,000 pengguna yang terjejas di sebahagian Daerah Timur Laut dan Barat Daya dapat dimulakan lebih awal dan disasarkan dapat diselesaikan pada 3.30 petang esok.

“Manakala baki 16% lagi pengguna termasuk yang tinggal di kawasan hujung paip agihan (EoL) dan kawasan tinggi, mereka dijangka mendapat bekalan pada 3.30 petang Jumaat,” menurut kenyataan itu.

Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada bulan Disember dan Januari lepas.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pemasangan paip lencongan merentasi Sungai Perai itu merupakan penyelesaian jangka sementara susulan berlaku kebocoran besar pada saluran paip 1,350mm di dasar sungai itu pada 23 Jan lepas.

Katanya, ia akan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.