`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 30, 2024

Kenyataan Dr M berkait orang India ‘berbeza’ kedudukan penasihat SG4, tegas Gerakan

 

Dominic Lau mendakwa Dr Mahathir Mohamad membawa pelabur asing ke empat negeri ditadbir PAS atau dikenali SG4.

KUALA LUMPUR: Kenyataan Dr Mahathir Mohamad berkait kesetiaan rakyat Malaysia berketurunan India adalah ‘perkara berbeza’ dengan kedudukannya sebagai penasihat kepada kumpulan empat negeri ditadbir gabungan itu, menurut presiden Gerakan.

Presiden Dominic Lau berkata walaupun pemimpin PN tidak bersetuju dengan kenyataan beliau, bekas perdana menteri itu “benar-benar bawa pelabur asing ke SG4″, katanya, merujuk perkumpulan Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

“Pemimpin PN tidak setuju dengan kenyataan itu tetapi jika kita mahu kekalkan dia sebagai penasihat adalah perkara yang berbeza,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Gerakan.

Beliau ditanya pemberita sama ada peranan Mahathir sebagai penasihat kepada negeri-negeri ditadbir PN itu akan dibatalkan, susulan kenyataan mendakwa masyarakat India tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.

Baru-baru ini, dalam temubual dengan saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India, Mahathir berkata orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.

Mahathir dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu.

Dominic berkata Mahathir telah memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi SG4. “Dia bukan cakap kosong. Dia telah panggil SG4 untuk buat pembentangan kepada pelabur asing.”

Beliau menambah apa yang Gerakan tidak setuju akan dibangkitkan dalam mesyuarat PN, dan pernah bertemu Mahathir berhubung kenyataan lain sebelum ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.