`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 30, 2024

Cuba seludup dadah ke Miri, suami isteri antara 3 diberkas

 

Kesemua suspek yang ditahan telah direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SEPANG: Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan kerana disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 36.53kg bernilai RM1.2 juta ke Miri, Sarawak.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu ditahan di kawasan letak kenderaan sebuah kondominium 24 Jan lepas, dipercayai dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Miri.

Pemeriksaan terhadap tiga bagasi mereka menemukan 38 bungkusan mampat dadah disyaki jenis methamphetamine atau syabu, katanya.

“Ujian air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya pada sidang media di IPD Sepang hari ini.

Menurut Hussein, penahanan ini dilakukan berdasarkan hasil maklumat polis di Miri yang menahan seorang lelaki menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur pada pagi sama kerana membawa dadah jenis sama.

Beliau berkata, ketiga-tiga individu itu dipercayai menerima upah sebanyak RM10,000 untuk menghantar dadah.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Hussein berkata, pihaknya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dalam dua serbuan berasingan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Karak, Gombak dan Ampang pada 25 Jan lepas serta merampas dadah jenis ganja seberat 10.51kg dianggarkan bernilai RM33,000.

Menurut Hussein, polis menahan tiga lelaki dan merampas 10 ketulan mampat dadah disyaki ganja sebelum menahan seorang lagi lelaki di sebuah kawasan di Ampang pada hari sama.

Kesemua mereka didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, dengan tiga daripadanya positif dadah jenis THC, dan kini direman untuk siasatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.