`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 31, 2024

Sekutu perlu rombak pemimpin? Puad kata wakil rakyat PKR tak tahu ‘cermin diri’

Puad Zarkashi berkata Hassan Karim ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan Umno.

PETALING JAYA: Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin.

Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, sebagai ahli PKR yang ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan parti sekutu itu.

“Ini masalah Hassan Karim. Dia dan beberapa lagi pemimpin PKR tidak tahu cermin diri sendiri,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hassan berkata Umno perlu rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan, dan selagi ia dipimpin Presiden Zahid Hamidi, orang Melayu sukar menyokong Umno, BN, atau BN-PH.

Puad berkata Hassan sepatutnya mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR, menukar menteri PKR yang tidak mencapai prestasi.

“Apa Rafizi Ramli buat untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar Pangkalan Data Utama. Jangan lupa premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap menteri pendidikan dari PKR. Kenapa Hassan diam,” katanya.

BN dan PH membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan bersama beberapa gabungan politik lain, selepas tiada parti mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas PRU15.

Pada konvensyen kerajaan perpaduan di Ipoh 28 Jan lepas, Zahid menyatakan beliau yakin kerajaan perpaduan akan kekal memerintah sehingga selepas PRU16.

Hassan bagaimanapun berkata Umno perlu rombakan pemimpin kerana jika tidak, “Umno bawah Zahid akan menumpang di dahan PH pimpinan Anwar yang tidak kuat mana pun”.

Puad mengingatkan bahawa Zahid terus menjadi presiden Umno atas kemahuan akar umbi Umno sendiri, sebaliknya menyarankan Hassan melihat isu-isu berbangkit sekitar pengundian dalam talian pada pemilihan PKR. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.