`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 29, 2024

Jual gula 10 sen, kedai serbaneka disiasat KPDN

 

Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perak melakukan pemeriksaan di sebuah kedai serbaneka di Kuala Kangsar. (Gambar KPDN)
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengambil tindakan terhadap sebuah kedai serbaneka baru dibuka di Kuala Kangsar kerana menjual gula kasar berharga 10 sen sepeket

Pengarah KPDN Perak, Kamalludin Ismail, berkata sepasukan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di kedai itu selepas tular satu iklan di media sosial menawarkan jualan murah untuk barang kawalan berkenaan.

Kedai itu juga didapati menawarkan promosi air tin berkarbonat berharga 99 sen.

“Semakan awal mendapati kedai serbaneka berkenaan tidak membuat permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi tempoh jualan melebihi tiga hari sempena pembukaan cawangan baru mereka di bandar ini.

“Ini merupakan satu kesalahan bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 (Pindaan) 2019,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, atas kesalahan tersebut kedai serbaneka itu akan disiasat bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Kamalludin berkata KPDN juga menyita sejumlah gula, minyak masak dan tepung di kedai serbaneka berkenaan kerana tidak memiliki lesen untuk menjual barangan kawalan.

“Lesen runcit barang-barang kawalan berjadual (CSA) diperlukan untuk menjual barangan kawalan seperti diperuntukkan bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Sehubungan itu, tindakan sitaan diambil ke atas barang kawalan gula, minyak masak, tepung, resit jualan dan dokumen-dokumen berkaitan dengan nilai sitaan berjumlah RM200,” katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.