`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 29, 2024

Salah guna pas lawatan berniaga keropok, 8 Pati ditahan

 

Imigresen berkata lapan lelaki Thailand ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. (Gambar Imigresen)
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) untuk berniaga dalam operasi bersepadu di Taman Desa Cemerlang, Johor, semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, berkata tangkapan itu dibuat di sebuah kedai disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen memproses dan membungkus keropok ikan diimport dari Thailand.

“Lapan lelaki warga Thailand yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan PLS,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di lokasi sama, seramai 34 Pati melibatkan 20 Myanmar, empat Bangladesh, lapan Indonesia dan masing-masing seorang warga India dan Pakistan ditahan, dipercayai tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas ditetapkan.

Mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

“JIM Johor ingin mengingatkan pemilik premis dan majikan jabatan ini tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati melindungi Pati,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.