`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 29, 2024

Samenta minta PKS tukar hasil dalam ringgit

 

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) William Ng menyeru hasil eksport PKS ditukar kepada ringgit demi kestabilan mata wang. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghantar pulang serta menukar hasil eksport mereka kepada ringgit bagi menguatkan mata wang negara.

Ini susulan gesaan Bank Negara Malaysia supaya perniagaan berbuat demikian sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘seluruh negara’ untuk memastikan kestabilan ringgit.

Presiden Samenta William Ng, berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sudah mula berbuat demikian dan telah menunjukkan kesan awal.

“Oleh itu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk PKS membawa pulang simpanan mereka di luar negara bagi menyokong mata wang ringgit. Secara tidak langsung ia akan membantu mengurangkan ketidakstabilan nilai mata wang ringgit dan memudahkan perniagaan untuk merancang kos dan pengembangan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ng berkata Samenta mengulangi gesaan agar rakyat Malaysia membeli produk dan perkhidmatan buatan tempatan terlebih dahulu. Ini susulan kepada cadangannya pada tahun lalu berkaitan pengenalan cukai barangan bernilai rendah bagi menyama taraf untuk penjual tempatan selain membendung pengaliran keluar ringgit.

“Jika pengguna Malaysia dan PKS mahu melihat pemulihan pesat ringgit, kaedah terpantas untuk menyumbang ialah membeli tempatan.

“Ini juga akan membantu menyokong ekonomi dalam jangka panjang, mengurangkan tekanan inflasi serta membolehkan syarikat tempatan meningkatkan keupayaan mereka,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.