`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 2, 2024

22 rumah hangus, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan

 

Kebakaran
Kebakaran di Kampung Mangkalinau, Sandakan, jejas ratusan penduduk. (Gambar Bernama)

SANDAKAN: Seramai 146 tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah terbakar di kawasan setinggan di Kampung Mangkalinau Parti, hari ini.

Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek, berkata Bilik Gerakan IPD Sandakan menerima panggilan berhubung kebakaran itu, pada 4.19 petang.

“Api berjaya dikawal pada 4.41 petang, seramai 46 pegawai serta anggota melibatkan polis, bomba, Sabah Electricity Sdn Bhd serta pihak kebajikan bertugas di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Bernama.

Katanya, semua mangsa terdiri daripada 44 lelaki, 47 wanita, dan 55 kanak-kanak akan ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.