`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 25, 2024

Agama ulama

 

faisal tehrani

Walaupun nakal-nakal, kami mat motor tidak hina ulama. Walaupun tak sembahyang, kami sokong ulama. Walaupun usung-usung bohsia, kami bohjan tidak hina ulama. Walaupun sodok sondol anak dara kampung, kami sokong ulama. Walaupun jilat zina, kami mat motor tidak hina ulama. Walaupun tak mandi junub setelah zina jilat, kami bangga sokong ulama.

Walaupun lucah melampau, kami ustaz tidak pernah hina ulama. Walaupun liwat pelajar tahfiz di lewat malam, kami sebagai ustaz sokong ulama. Walaupun intai intip jamban orang berak, kami selaku ustaz tidak sekali-kali menghina ulama. Walaupun amang-amang dari segi seksual, kami ustaz tak peduli skandal dan padu menyokong ulama.

Walaupun kami tergamak merogol anak kandung sendiri, kami sebagai perogol tidak sampai hati menghina ulama. Walaupun kami berkali-kali perkosa anak tiri sendiri di atas sejadah, kami penyumbaleweng megah mengundi ulama. Walaupun sumbang mahram, kami tetap kepam menyayangi ulama. Walaupun pedofil, kami tak ganjil menyokong ulama.

Walaupun selamba memicit buntut tembam pesakit datang berubat, kami tak boleh dipersalah kerana kami ustaz dan sokong ulama. Walaupun ramas peras susu mereka yang datang ruqyah, kami ustaz dan pengamal perubatan Islami tidak sekali-kali menghina ulama. Walaupun kami hampir tidak pernah mencuci mazi gara-gara menahan pancut mani, kami kan ustaz sokong ulama.

Walaupun tekan minyak motor di tengah malam, kami rempit tidak hina ulama. Walaupun berlumba sehingga tergolek di lebuh raya, kami rempit akan sokong ulama. Walaupun menyusahkan pengguna jalan raya lain, kami mat motor tidak hina dan suka nak mati kepada ulama. Walaupun melanggar cermin sisi kereta orang tatkala dikejar polis trafik dan JPJ, kami sokong ulama. Walaupun ulama tidak suka kami, kami tak tergugat tetap sokong ulama.

Walaupun menyakau songlap wang sedekah dan derma untuk membantu orang susah, kami kebal sebab kami ustaz dan ulama. Walaupun cuci ubah wang haram, kami ustaz tetap kalian panggil juga ulama. Walaupun tarik sedikit duit tin milo hendak buat belanja anak tiga belas orang, kami kalian undi kerana kami mengaku ulama.

Walaupun menonton porno, kami kaki ‘blue’ tidak hina ulama. Walaupun menonton porno di hotel senyap-senyap di Jerman, kami tetaplah ulama. Walaupun menyundal berlakon porno, kami tetap hot dan kami tidak hina ulama. Walaupun kami sejenis Minah Ogawa, kami tetap mengundi ulama. Walaupun meniduri sundal, kami tetap terpaling handal sebagai ulama.

Walaupun melanggan aktiviti pelacuran sebelum beradu di atas motor, kami rempit ‘utagha’ tidak sampai hati menghina ulama. Walaupun berlumba motor dan kemudian tunggang-langgang mabuk selepas menang, kami rempit tak berbelah bahagi menyokong ulama. Walaupun kami merempit dan sering beraksi kurang enak, kami mat-minah motor tidak ada yang menghina ulama. Walaupun buat aksi superman atas motor, dan angkat motosikal melintas pembahagi jalan, dosa kami diampunkan kerana kami sejenis yang sokong ulama.

Walaupun menunggang Qunut Nazilah untuk tujuan siasah, kami geng ustaz adalah gang ulama. Walaupun tak lulus peperiksaan Al Azhar tiga kali, kami tutup kisah dan tetap diagung selaku ulama. Walaupun tipu duit Palestin untuk membeli Alphard gemuk, tetap ada netizen menganggap kami ulama pewaris nabi.

Walaupun seronok beraksi pacak di tengah jalan, kami kaki rempit tidak hina ulama. Walaupun meroket zig zag di Lebuhraya Utara Selatan, kami rempit sebulat suara sokong ulama. Walaupun kami ‘wheelie’ dan kamu benci, kami tidak peduli kerana kami budak motor tidak hina ulama. Walaupun kami rempit haram jadah, ketahuilah kami sokong amanat ulama.

Walaupun tanpa segan dan malu menunggang ayat-ayat suci untuk memenangi undi, kami ustaz adalah ulama. Walaupun memperdaya sijil kelulusan sendiri, kami sendiri terkejut lantaran kami tetap boleh mengaku ulama. Walaupun tipu duit konon membelakan Rohingya untuk membayarkan hutang bini tiga, aneh juga ada daripada kalian boleh percayakan serban berbelit kami yang konon ulama.

Walaupun bedebah, kami bersemangat meski jahat dan tidak mahu menyanggah ulama. Walaupun bergelimpang digampang, kami bohsia tak akan menonok ulama. Walaupun kami barua dan kamu muncikari, kami kekal fanatik dan tidak hina ulama. Walaupun kami rempit akhlak pelesit, ketahuilah kami Adnan Sempit tetap menyokong ulama.

Walaupun rajin menambah mencipta fitnah demi memenangkan undi, kami ustaz tetap jadi aktivis komiti ulama. Walaupun memperdaya ijazah dan markah kejayaan sendiri, eh bagaikan tidak percaya ada yang masih ingin menamakan diri ini ulama. Walaupun tipu duit konon menyelamatkan Uyghur, aneh juga ada daripada kalian boleh subur, tak ingat kubur lantas mengaku diri ulama.

Walaupun serupa hantu, kami kaki judi pengotor kutu tidak hina ulama. Walaupun tak tahu Maghrib berapa rakaat, kami hebat kerana kami cinta ulama. Walaupun berperangai binatang, kami boleh kembang ditatang bak ulama. Walaupun jahil dan syahadah pun tak sudah, kami sembah ulama. Walaupun buang bayi, kami minah motor tidak hina ulama sebab mereka seamat suci. Walaupun rempit, kami bangga dan benci Madani, sebab itu ditiktokfirmankan oleh ulama.

Walaupun ganas menghentam muka bini, kami ustaz tetap digoda penyondol kerana terpercaya sebagai ulama. Walaupun tak bayar nafkah isteri, kami tetap tadah syarah tafsir dan anggota surau teramat mengaji daripada kami kerana kami seperti ulama. Walaupun suka-like akaun media sosial sensasi pun kami selaku ustaz pasti memangkah ulama. Walaupun algoritma Facebook kami sudah bertebuk, kami ustaz bijak berpura dan pasti ada yang boleh dipijak kerana kami hei tentulah ulama.

Pendekatan Islam tidak lagi Muhammadi. Agama berubah di raup doa ulama sesumpah. Tuhan tidak lagi disembah. Pendekatan Islam tidak lagi Muhammadi. Agama jenis apakah bakal generasi hadapan warisi? - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.