`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 7, 2024

AHLI UNITED NATIONS OF AUSTRALIA !!

 I saw this Facebook posting about a Sabah NGO.



https://www.facebook.com/share/qN1bdxboHZyWgPYC/?mibextid=LQQJ4d


Negara Sabah memiliki kekayaan sumber-sumber alam yang mampu memberikan kesejahteraan kepada Bangsa kita sepenuhnya namun mengapa kita hidup dalam keadaan yang menyedihkan?

Ini kerana kita terjajah oleh malaya yang mana kita mengenali mereka kini dengan nama malaysia dan juga faktor utama ialah kerana kita memiliki kepimpinan yang tidak berjiwa merdeka.

Sebaliknya kita memiliki kepimpinan yang berjiwa mentaliti terjajah. Baik yang berada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang.

Lihatlah Negara Singapura yang tidak memiliki apa-apa tetapi memiliki kesemuanya kerana memiliki kepimpinan yang berjiwa Merdeka dan Berdaulat.

Kemerdekaan Negara Sabah akan menyingkirkan kepimpinan yang berjiwa terjajah dan yang penuh dengan rasuah.

Masanya telah tiba kepimpinan yang tepat, berjiwa merdeka dan berdaulat untuk memimpin Bangsa kita kearah Kemerdekaan dan memimpin kita dalam memecut pembangunan sosial, ekonomi dan menstabilkan politik Bangsa kita untuk kesejahteraan abadi.

MERDEKA!!!


My Comments : Saya cadangkan orang Sabah terutama sekali rakyat pribumi Sabah, bekerja keras untuk membangunkan dan majukan pelbagai sumber asas dan sumber asli di negeri mereka. 

Tanah yang subur tidak akan hasilkan padi dan beras dengan sendiri. 
Rimba yang kaya tidak akan bertukar menjadi kayu balak dengan sendiri. 
Tanah yang sangat luas tidak akan bertukar menjadi ladang kelapa sawit dengan sendiri. 
  • Semuanya perlukan usaha dan kerja keras untuk majukannya.  
  • Yang menjajah kita adalah daya usaha. 
  • Siapa berusaha lebih akan "menjajah". 
  • Siapa kurang berusaha akan dijajah.

Singapura tidak mempunyai sebarang sumber asli. Air minum mereka pun dibawa masuk dari Semenanjung. Tetapi atas kepintaran dan kerajinan mereka, Singapura menjual balik air bersih kepada Semenanjung. Siapakah penjajah dan siapa pula dijajah?  

Singkirkan saja pemimpin yang berasuah dan pemimpin yang berjiwa terjajah. Pilihlah pemimpin yang mampu menggerakkan dan motivasikan orang Sabah menjadi jaguh dunia, bukan saja jaguh di kampong. 

Apa gunanya menjadi ahli United Nations of Australia? Bangsa kulit putih adalah bangsa penjajah, penyamun dan pencabul - dari dulu hingga sekarang. Bukankah Australia itu tanah orang asal Australia? Apa sudah jadi kepada orang asal Australia? 

Jangan terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau pula.


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.