`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 27, 2024

Perniagaan berasas kaum tak sesuai di Malaysia, kata pakar

 

Free Malaysia Today
Malakat Mall akan menutup premisnya di Cyberjaya pada 31 Julai ini selepas empat tahun beroperasi. (Malakat Mall web pic)

PETALING JAYA
Kempen perniagaan berasaskan kaum dan sentimen tidak akan bertahan untuk jangka masa panjang dalam keadaan pasaran terbuka serta bebas, kata pakar ekonomi.

Barjoyai Bardai berkata, kempen seperti itu memerlukan sumber baharu setiap masa bagi mencetuskan simpati untuk meraih sokongan.

Free Malaysia Today
Barjoyai Bardai.

“Pengguna sokong tapi hanya sampai ke satu tahap, mereka orang yang rasional, dari segi sokongan tidak sokong membuta, emosional…mereka mengambil kira harga, kualiti dan perkhidmatan, itu asasnya.

Dalam jangka panjang sentimen ini tidak boleh berkekalan, ia perlu disokong sepanjang masa, kena memperbaharui sentimen dengan mewujudkan sesuatu baharu yang menimbulkan simpati…baru ia boleh hidup, tapi ia tidak boleh wujud selamanya,
 katanya kepada FMT.

Beliau mengulas pengumuman pengurusan Malakat Mall mengenai penutupan premisnya di Cyberjaya 31 Julai ini selepas empat tahun beroperasi.


Malakat Mall dicetuskan ketika kemuncak kempen Buy Muslim First (BMF) yang bermula sekitar awal 2019 oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengajak pengguna beralih kepada produk keluaran pengusaha dan syarikat Islam-Melayu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, berkata keputusan menamatkan operasi dibuat bagi membolehkan mereka meneroka model perniagaan baharu dengan operasi syarikat turut dikecilkan.

Barjoyai berkata, walaupun terdapat sokongan pengguna terhadap Malakat Mall, realiti semasa dan pasaran bebas membuatkan entiti itu sukar bergerak jauh disebabkan persaingan dengan pasar raya besar bertapak lebih lama.

“Malakat Mall ini dibandingkan dengan pusat beli-belah yang besar, memang tidak terbanding, itu menyebabkannya tidak berjaya. Apa ditawarkan Malakat Mall sangat kecil berbanding apa yang ada di pasaran.

Pelanggan ada semangat tolong orang Islam, Melayu tapi ada hadnya. Adakah memenuhi kehendaknya dari segi perkhidmatan, harga dan barangan ditawarkan. Ini asas dalam membuat pilihan,
 katanya.

Beliau berpandangan, Malakat Mall perlu beralih kepada perniagaan dalam talian dengan mewujudkan platformnya sendiri kerana cara itu mungkin akan lebih berjaya.

Free Malaysia Today
Nazari Ismail.

Turut senada Pengerusi Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia, Nazari Ismail yang berkata ia tidak sesuai dijalankan di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan agama.

Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya itu berkata kempen tersebut juga tidak menggalakkan perpaduan kaum dalam negara.

Katanya, walaupun secara lumrah manusia akan mengutamakan kelompok dan komuniti sendiri namun terdapat beberapa aspek menjadi kekangan untuk tujuan itu.

Dari aspek kesesuaian strategi perniagaan, ia juga boleh menimbulkan kerumitan kepada peniaga untuk mencapai operasi optimal dari aspek kos dan kekesanan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.