`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 19, 2024

Lelaki mengaku tak salah cuba bunuh 2 wanita di surau

 

gavel
Hakim Noor Ruzilawati Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin. (Gambar fail)

PETALING JAYA
Seorang pekerja sambilan pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan cubaan membunuh dua wanita di sebuah surau dua minggu lalu.

Mohammad Ferdaus Mashud, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Noor.

Bapa lima anak itu didakwa cuba membunuh seorang jurujual telefon bimbit berusia 26 tahun dan guru sekolah agama 52 tahun menggunakan objek tajam dengan niat atau pengetahuan akan sebabkan kematian mereka, di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah di Jalan SS5A/10, di sini, pada 1.30 tengah hari 9 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya KS Rinisha Priyya tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan itu serius.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan terhadap tertuduh, pihak pendakwaan memohon jaminan ditetapkan RM50,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis dan pasport (tertuduh) diserahkan kepada mahkamah,
 katanya menurut Harian Metro.

Peguam Kailash Sharma memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga.

Katanya penjamin tertuduh ialah bekas isteri dan adik kandungnya, selain anak guamnya tiada risiko melarikan diri.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.

Sebutan kes ditetapkan pada 23 Sept ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.