`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 19, 2024

Muktamad segera penyaluran insentif pesawah, gesa NGO

 

mesin padi
Pesawah padi mencadangkan insentif bajak dinaikkan kepada RM500 manakala RM300 sehektar bagi insentif menuai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
NGO pesawah menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memuktamadkan segera mekanisme penyaluran insentif bajak dan tuai, yang didakwa masih tiada jawapan sehingga kini walaupun musim menuai padi akan bermula bulan depan.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob berkata apabila perkara itu diajukan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), agensi berkenaan turut memaklumkan tidak mempunyai maklumat mengenai mekanisme dan bila insentif menuai akan disalurkan.

Beliau turut mencadangkan insentif bajak dinaikkan daripada RM100 kepada RM500 dan insentif menuai sebanyak RM300 berbanding RM50 per hektar, semusim, dalam usaha mengimbangi kenaikan diesel bermula Jun lalu.

“Hal ini cukup membebankan pesawah yang mana harga padi terjamin tidak pula dinaikan berikutan kenaikan kos bersawah ini.

“Ini secara langsung menjejaskan keterjaminan makanan negara apabila pesawah hilang motivasi kerana menanggung kos yang semakin tinggi.

PeSAWAH mencadangkan supaya mekanisme penyaluran insentif bajak dan tuai ini dimuktamadkan segera dan dilaksanakan secepat mungkin dalam masa terdekat,
 katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Rashid berkata jumlah subsidi yang diterima petani sebanyak RM200 melalui Budi Agri Komoditi tidak sesuai dan tidak mencukupi untuk pengusaha jentera tuai di mana kos menuai padi di Kedah adalah berdasarkan luas sawah.

Susulan itu, beliau mendedahkan terdapat sebahagian pengusaha jentera tuai di Kedah dan Perlis mahu menaikkan harga perkhidmatan jentuai kepada RM200 per relung atau RM700 per hektar berbanding RM130 per relung atau RM455 per hektar sebelum ini.

Petani tidak bersetuju dengan harga baharu ini kerana ia tidak munasabah dan tidak selari dengan kenaikan harga diesel. Harga yang lebih munasabah adalah sekitar RM140 – RM160 per relung atau RM490 – RM560 per hektar,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.