`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 13, 2024

Mayat terapung di Sg Kajang, polis mohon bantuan kesan waris

 

Naazron Abdul Yusof
Mayat lelaki dipercayai berusia 40 hingga 50-an dijumpai terapung di Sungai Kajang oleh seorang pemancing, menurut Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris lelaki yang mayatnya dijumpai terapung di Sungai Kajang semalam.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata mayat lelaki dipercayai berusia 40 hingga 50-an itu ditemukan oleh seorang lelaki yang sedang memancing pada 12.34 tengah hari.

“Ketika dijumpai, mayat dalam keadaan tertiarap di dalam air dan memakai kemeja-T berwarna jingga, hanya berseluar dalam serta mempunyai kesan suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) dipercayai warganegara.

Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada mayat terbabit,
 katanya dalam kenyataan.

Tiada laporan polis berkenaan orang hilang dibuat di sekitar daerah Kajang dan butiran si mati belum diperoleh.

Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi Mohd Nasri Tesnoh menerusi talian 017-710 2042,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.