`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 13, 2024

Polis tunggu keputusan ujian DNA kepala, jari Cikgu Istiqomah

 

Istiqomah Ahmad Rozi
Polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan kedua-dua tangan yang ditemui dalam tong sampah di di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada Disember lalu disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Polis menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bahagian kepala dan tulang jari dipercayai milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33, sebelum jenazah boleh dituntut waris keluarganya untuk pengebumian.

Ketua Polis Alor Gajah Ashari Abu Samah berkata keputusan ujian berkenaan dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata tindakan itu diambil memandangkan dua bahagian tersebut antara anggota tubuh yang baharu ditemukan selepas penahanan suspek utama kes berkenaan.

“Buat masa ini tunggu keputusan DNA jari dan kepala serta arahan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) sebelum jenazah dibawa dikeluar dan dituntut daripada hospital.

Kita (jangka) minggu depan dan kalau dapat dilakukan lebih awal saya akan maklumkan kemudian,
 katanya menurut Bernama sambil menjelaskan polis juga sedang mengesan beberapa bahagian anggota badan mangsa dipercayai dibuang di kawasan berbeza oleh suspek.

Media pada 6 Jan lalu melaporkan, mayat seorang wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah.

Mangsa dipercayai dibunuh sebelum disumbat ke dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau.

Istiqomah, guru di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor itu dilaporkan hilang sejak 27 Dis tahun lalu selepas keluar bekerja.

Polis menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.