`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 14, 2024

PRK Mahkota: Amanah perlu jiwa besar beri laluan kepada BN, kata penganalisis

 

Free Malaysia Today
BN dan PH telah bekerjasama dalam beberapa PRK termasuk di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram terletak di Johor.
PETALING JAYA
Penganalisis berpendapat Amanah perlu berjiwa besar memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Mahkota, mengambil kira sumbangannya membantu kemenangan di Simpang Jeram dan Pulai, tahun lalu.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata walaupun BN dan Pakatan Harapan (PH) tidak bekerjasama secara rasmi di Johor namun semangat pada dua PRK itu perlu diulang, apabila Amanah mewakili kerusi berkenaan bagi kerajaan perpaduan.

PRK pada 9 Sept itu menyaksikan Suhaizan Kaiyat menang di Parlimen Pulai manakala Nazri Abdul Rahman menawan DUN Simpang Jeram.

Lagi pun kalau ikut konsep penyandang, BN-Umno yang patut bertanding selepas menang mengatasi calon PH pada PRN 2022,
 kata Azmi kepada FMT sambil menjelaskan sukar untuk Amanah menuntut kerusi terbabit.

Menurutnya, keputusan PRN Johor menyaksikan calon BN, Sharifah Azizah Syed Zain menang dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166 menewaskan calon Amanah (11,445); Bersatu (7,614) dan Warisan (555).

Ini bukan isu besar di DUN Mahkota, saya rasa Amanah gertak sahaja kerana tak puas hati tiada wakil PH dalam exco kerajaan Johor.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata komponen itu akan bertanding PRK DUN Mahkota 28 Sept ini, sambil memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi diperuntukkan kepada sesebuah parti.

Pada 5 Ogos, Amanah Kluang menuntut diberi laluan bertanding pada PRK itu yang diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah pada 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Ketuanya Mohd Zuhan Mohd Zain baru-baru ini ‘bertukar nada’ dengan menyerahkan keputusan kepada perbincangan pucuk pimpinan PH-BN.

Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat PRK Mahkota bakal menjadi ujian baharu kerjasama kerajaan perpaduan terutama dalam menyelesaikan pertikaian kerusi yang turut berlaku di tempat lain.

Memang sentiasa akan ada ujian kerana soal kerusi selalu boleh menimbulkan masalah antara parti yang bekerjasama kerana masing-masing nak mempertahankan hak dan buat tuntutan kerana mahu ‘survive’,
 katanya.

Bagaimanapun, untuk meredakan ketegangan di Johor, Mazlan berkata Umno boleh mempertimbangkan melantik Adun lantikan dari Amanah sebagai isyarat keikhlasan kerjasama dua parti.

Adun lantikan ini sebagai satu usaha yang baik untuk menunjukkan Umno ikhlas bekerjasama membina hubungan kepercayaan dengan rakan-rakan PH. Itu mungkin satu penyelesaian terbaik,
 katanya.

Mengulas kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam PRK Mahkota oleh akar umbi Amanah, Mazlan percaya keadaan itu tidak akan berlaku melihat kepada toleransi dan kesetiaan Amanah kepada rakannya.

Saya tak fikir akan berlaku sabotaj dari Amanah kerana mereka sangat setia dengan rakan gabungan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.