`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 9, 2024

Siapa Yahya Sinwar?

 

Mohsin Abdullah

Memulakan dengan menjawab pertanyaan yang diacu pada tajuk penulisan ini. Yahya Sinwar adalah pilihan Hamas bagi menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran, minggu lalu.

Siapa yang membunuh Ismail? Kata Al Jazeera hampir pasti pembunuhan dilakukan Israel walaupun sehingga kini ia tidak mengaku mahupun mengakui bertanggungjawab.

Namun Israel tetap menyifatkan pengganti Ismail sebagai ‘pengganas’ yang bertindak sebagai mastermind serangan 7 Okt lalu ke atas wilayah yang didakwa Tel Aviv miliknya.

Begitulah Israel– sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan dan melabel padahal ia sendiri dilihat semakin banyak negara sebagai pengganas yang melakukan genosid.

Dan pendudukannya di wilayah Palestin selama beberapa dekad didapati Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebagai tidak sah di sisi undang undang dan perlu dihentikan.

Dunia tahu Israel tidak menghiraukan itu semua. Kekejaman ke atas rakyat Palestin diteruskan. Sekatan Israel bertekad menghapuskan Yahya. Panglima tenteranya Herzi Halevi dipetik media berikrar akan ‘mencari Sinwar, menyerangnya’ sekali gus memaksa Hamas mencari pemimpin lain.

Jelas Israel tidak senang malah marah dengan pelantikan Yahya. Kata Al Jazeera pemimpin yang dilahirkan di Khan Younis pada 1962 itu adalah musuh nombor satu Israel. Lantas dengan memilihnya sebagai ketua biro politik, Hamas mengirim mesej penentangan ke atas rejim Tel Aviv.

Menurut portal Indonesia Sindo news.com, Yahya adalah antara pemimpin tertinggi Hamas yang dianggap paling tidak kenal kompromi. Dan beliau faham A hingga Z tentang Israel.

Pada awal 1980an semasa menutut di Universiti Islam di Gaza, Yahya ditangkap beberapa kali oleh Israel kerana aktiviti anti pendudukan. Tamat pengajian beliau menjalin rangkaian atau jaringan pejuang bertujuan melakukan penentangan bersenjata keatas Israel dan kelompok itu kemudiannya menjadi apa yang kini dikenali sebagai Briged Al- Qassam, sayap militari Hamas.

Seorang pegawai Hamas dipetik media antrabangsa termasuk BBC berkata 

mereka (Israel) membunuh Ismail orang yang fleksibel dan terbuka mencari solusi konflik. Sekarang mereka terpaksa berdepan Yahya dan pimpinan ketenteraan
.

Bagaimanapun BBC turut melaporkan Javed Ali, bekas pegawai Majlis Keselamatan Amerika berkata pelantikan Yahya akan menjadi halangan rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan kerana beliau ‘tidak fleksibel dan lebih sukar untuk berunding.

Nour Odeh, penganalisis politik Palestin berpangkalan di Ramallah memberitahu Al Jazeera langkah Hamas memilih Yahya meletakkan Gaza di depan dan tengah bukan sahaja ‘events on the ground’ bahkan dinamik Hamas itu sendiri. 

And it really sends a signal as far as negotiations of a ceasefire is concerned Gaza calls the shots
.

Penganalisis kanan politik Al Jazeera Marwan Bishara senada dengan Odeh sambil berkata pada hemat beliau fokus terhadap Gaza dan fokus ke atas Yahya adalah isyarat utama penentangan. An act of defiance. 

Dan hakikatnya,Hamas bukan sedang kehilangan Gaza dan Hamas akan kekal sebagai kuasa di Gaza lantas pemimpinnya ada di Gaza
. Yahya sememangnya berpangkalan di Gaza.

Bagi Hezbollah pelantikan ‘brother Yahya Sinwar’ menekankan realiti matlamat yang dicari musuh dengan membunuh pemimpin telah gagal. Dalam mengalu alukan pelantikan Yahya, Hezbollah menyifatkan itu satu mesej kuat kepada Israel dan Amerika dan menunjukkan Hamas bersatu dalam membuat keputusan. A united Hamas.

Maka fahamlah kita mengapa Israel cukup benci akan Yahya Sinwar. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.