`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 19, 2024

4,373 mangsa banjir di 32 PPS Kedah

 

Free Malaysia Today
Keadaan rumah penduduk di Kampung Padang Luar dekat Jitra yang masih ditenggelami air hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 4,373 orang setakat 6 petang tadi berbanding 3,865 mangsa daripada 1,147 keluarga pada 3 petang.

Seramai 1,298 keluarga sedang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dipetik Harian Metro melaporkan, mangsa di daerah Kota Setar meningkat kepada 1,590 orang daripada 484 keluarga di sembilan PPS, manakala 1,089 mangsa daripada 312 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Kubang Pasu.

PPS di daerah Bandar Baharu kekal dengan 107 mangsa daripada 24 keluarga dan jumlah mangsa banjir di daerah Pendang meningkat kepada 514 orang daripada 143 keluarga.

Daerah Pokok Sena pula mencatatkan 840 mangsa daripada 235 keluarga, manakala Kuala Muda kekal dengan 131 mangsa daripada 50 keluarga di tiga PPS dan Kulim kekal dengan 86 mangsa daripada 26 keluarga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.