`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 26, 2024

Polis jejak lelaki ceroboh landasan monorel Bukit Bintang

 

Free Malaysia Today
Tular tindakan lelaki bertindak melintas landasan monorel Bukit Bintang.

PETALING JAYA
Polis masih mengesan lelaki tular di media sosial yang bertindak melintas landasan monorel Bukit Bintang.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizme Affendy Sulaiman, berkata pihaknya terkesan satu video berdurasi empat saat dimuat naik pemilik akaun ‘Xiaohongshu Manchys’, memaparkan perbuatan suspek itu sekitar 11.35 malam, 24 Sept.

Katanya, laporan polis berkaitan kejadian itu telah dibuat polis bantuan Prasarana pada 9.34 malam keesokan harinya. 

Usaha mengesan suspek telah dibuat polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh namun gagal. Pencerobohan ini dilakukan oleh seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti,

 katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.