`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 25, 2024

Jakim sahkan minyak masak paket ‘Nice Day’ miliki sijil halal

nice day
Gambar tular minyak masak paket tertera tulisan ‘Non Halal’ pada pek pembungkusannya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengesahkan minyak masak paket jenama 
Nice Day
 keluaran Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd memiliki sijil halal sejak 16 Mac lalu.

Jakim berkata, ia menerima banyak pertanyaan melalui WhatsApp dan media sosial berhubung status halal produk itu selepas tular gambar minyak masak berkenaan tertera tulisan 

Non Halal
 pada pek pembungkusannya.

Tetapi, katanya, hasil pemeriksaan Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor di syarikat terletak di Balakong itu tidak menemui bungkusan minyak masak paket tertera tulisan 

Non Halal
.
Situasi tersebut berkemungkinan berlaku akibat salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk ketika produk tersebut tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah,
 katanya dalam kenyataan. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.