`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 30, 2024

‘Tak sampai 24 jam’, Pemuda BN tegur pemimpin Amanah tuntut kongsi kuasa

 

Free Malaysia Today
Setiausaha Pemuda BN Hafiz Ariffin kata BN tidak buat apa-apa tuntutan selepas sehabis baik memenangkan Amanah pada PRK Pulai dan Simpang Jeram. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA
Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) menegur ketua Pemuda Amanah kerana menuntut berkongsi kuasa tidak sampai 24 jam selepas PRK DUN Mahkota selesai.

Hafiz Ariffin berkata ramai pihak di Johor merasakan kenyataan Hasbie Muda seperti ‘lebih lajak dari laju’.

Tidak sampai 24 jam selesai PRK Mahkota, terus ada tuntutan berkenaan perkongsian kuasa,
 katanya dalam kenyataan.

Hafiz menarik perhatian kepada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September tahun lalu, mengingatkan BN tidak buat apa-apa tuntutan selepas sehabis baik memenangkan Amanah.

Jangan nanti orang lihat dan merasakan ada sifat ‘gelojoh’ dalam hasrat yang diajukan,
 tambahnya.

Dalam teguran ini, Hafiz masih menyifatkan Amanah sebagai ‘rakan dalam keluarga Perpaduan’.

Beliau berkata Hasbie patut utamakan hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri, serta kerjasama dan ruang bicara baik antara parti.

Benarkan kelebihan menang di Mahkota itu dinikmati oleh rakyat dahulu, bukan tuntutan kuasa oleh pimpinan parti yang menang,
 katanya.

Terdahulu, Hasbie dilapor berharap langkah seterusnya selepas berjaya mengalahkan Perikatan Nasional (PN) di DUN Mahkota adalah mewujudkan kerajaan perpaduan di Johor, selari dengan persekutuan.

Beliau dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata kemenangan di DUN Mahkota hasil usaha keras semua pihak dalam kerajaan perpaduan.

Pada September tahun lalu, Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata tiada keperluan untuk Johor menubuhkan kerajaan perpaduan pada ketika ini, kerana kerajaan negeri ditubuhkan selepas PRN yang diadakan sebelum PRU15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.