`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 6, 2024

Di sebalik tekanan, Muhyiddin dijangka kekal presiden Bersatu, kata penganalisis

 

Free Malaysia Today
Muhyiddin Yassin berdepan tekanan apabila didakwa di mahkamah kerana menghasut selain kritikan kekalahan Bersatu pada PRK Nenggiri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Penganalisis politik berpendapat tekanan dihadapi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin antaranya pendakwaan berkaitan hasutan dan kekalahan memalukan pada PRK Nenggiri, tidak akan mengubah ‘pelan kompromi’ menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Mengikut rancangan itu, Muhyiddin akan kekal sebagai presiden manakala Setiausaha Agung Hamzah Zainudin ‘naik pangkat’ kepada timbalan presiden manakala Ahmad Faizal Azumu turun selangkah menjadi naib presiden bersama dua penyandang Radzi Jidin serta Ronald Kiandee.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, Muhyiddin akan terus diberi mandat memimpin Bersatu kerana dilihat tiada pemimpin lain mampu menggantikannya sebagai teras kekuatan parti ketika ini.

Muhyiddin masih berpengaruh dan itu tak halang beliau (kekal presiden) kecuali selepas mahkamah memutuskan beliau bersalah. Lagipun, beberapa kes pendakwaan di mahkamah pernah dihadapinya sebelum ini dan tak menghalang pun,
 katanya kepada FMT.

Beliau berkata, langkah mengekalkan kepimpinan Muhyiddin juga penting dalam mengelakkan pergolakan besar parti memandangkan wujud ramai pemimpin pelapis yang masing-masing mempunyai pengaruh.

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 27 Ogos lalu mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan menghasut pada kempen PRK Nenggiri.

Kenyataan menghasut pada 14 Ogos itu mengenai dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15 bagi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri walaupun dikatakan mempunyai 115 sokongan daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Selain itu, turut timbul kritikan terhadap strategi Bersatu yang diketuainya sehingga kalah pada PRK Nenggiri, kerusi dirampasnya daripada Umno ketika PRN Kelantan Ogos tahun lalu.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, pula berpandangan setakat ini tidak nampak sebarang isyarat yang Muhyiddin akan turun dari kerusi presiden Bersatu.

Katanya, ini kerana ramai pemimpin dan ahli Bersatu masih beranggapan pendakwaan itu bermotifkan politik.

Jadi isu ini tak akan mengubah strategi Bersatu mengekalkan Muhyiddin sebagai presiden dan juga Hamzah sebagai timbalan presiden,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.