`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 23, 2024

Siasatan GISBH mungkin guna Sosma, kata KPN

 

Free Malaysia Today
Polis akan guna segala peruntukan undang-undang dalam siasatan berkait GISBH.

KUALA LUMPUR
Polis akan menggunakan segala peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk kemungkinan membabitkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma dalam siasatan berkait Global Ikhwan Services and Business Holdings  (GISBH).

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan tindakan ke atas GISBH dijalankan secara telus.

Memang kita akan ke arah itu (Sosma). Ada dua tiga perkara yang saya perlu beritahu, bagi pihak polis kita akan siasat bawah undang-undang yang ada dalam Malaysia untuk kesalahan Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Akta Pemerdagangan Manusia dan akta-akta lain,
 katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).

Menurut Razaruddin lagi, siasatan berkaitan soal akidah GISBH akan dikendalikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

GISBH menjadi tumpuan siasatan polis susulan serbuan ke atas 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan kepada media tentang perkembangan Op Global Fasa 4, yang menyaksikan polis menyerbu 280 premis di Semenanjung yang berkait rapat dengan organisasi GISBH.

Serbuan ke atas 59 premis memperolehi tangkapan dan rampasan, manakala 221 didapati dikosongkan dan penghuni dipercayai melarikan diri.

Razarudin berkata seramai 156 individu ditangkap, terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita.

Polis memperoleh kebenaran tahan reman terhadap suspek yang ditahan, bermula dari 23 hingga 28 Sept.

Razarudin mengumumkan 187 orang mangsa, yang terdiri daripada 100 lelaki dan 87 perempuan, berjaya diselamatkan.

Seramai 75 orang yang berjaya diselamatkan itu dalam linkungan usia enam hingga 12 tahun, 59 orang berusia bawah lima tahun, 40 orang antara 13 hingga 17 tahun, dan 13 orang berusia 18 tahun ke atas.

Semua mangsa sedang menjalani saringan dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam pada iu, Razarudin mengumumkan polis berjaya menyelamatkan empat orang kanak-kanak yang merupakan adik-beradik yang terpisah dengan ayah mereka sejak 2021.

Diselamatkan di Tapah, Perak, mereka berusia enam hingga 11 tahun dan salah seorang kanak-kanak tersebut merupakan individu yang dirotan dalam suatu video tular.

Dalam perkembangan lain, polis turut menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak dalam suatu video tular, yang dikatakan menjadi mangsa penderaan iaitu dipijak.

Kanak-kanak tersebut ketika ini dalam jagaan pihak hospital dan ditempatkan di wad pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.

Semua suspek yang terlibat telah direman untuk siasatan,
 katanya.

Pemeriksaan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan mendapati mangsa yang diselamatkan tersebut mengalami kesan penganiayaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.