
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, menurut perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) semalam, terdapat dua saluran paip utama di negeri ini di bawah kendalian dua syarikat itu.
“Setakat hari ini, belum ada kata putus lagi sebab masing-masing (Petronas dan Gas Malaysia) sedang tumpu apa yang berlaku di Selangor, jadi (kajian keselamatan) di negeri ini akan kita maklumkan kemudian.
“Kajian tersebut bukan babitkan aspek keselamatan paip gas sahaja tetapi turut mengambil kira laluan utiliti lain seperti paip saliran, kabel telekomunikasi serta saluran paip air yang akan diberikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pentadbiran Daerah Seremban hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Selangor, baru-baru ini dan berharap penyelesaian terbaik buat mangsa terlibat.
Katanya, kerajaan negeri melalui agensinya serta NGO turut menyalurkan bantuan kepada mangsa untuk meringankan beban mereka. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.