`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, November 25, 2025

Banjir di Terengganu pulih

Angkatan Pertahanan Awam bagaimanapun menasihati orang ramai sentiasa berjaga-jaga ekoran hujan lebat.

hujan
Banjir di Terengganu dilaporkan pulih apabila mangsa di PPS dibenarkan pulang. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
 Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua 68 mangsa daripada 24 keluarga di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Zul Khairi Shamsuddin berkata mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut.

Beliau menasihati orang ramai sentiasa berjaga-jaga kerana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa ekoran hujan lebat.

“Kita telah menerima amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai fasa hujan lebat berikutnya yang bermula semalam (Isnin). Kalau kita tengok sekarang ini pun hujan lebat sering berlaku pada waktu petang dan tengah malam,” katanya.

Penduduk terutama di kawasan yang sering dilanda banjir dinasihati supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah ke PPS terdekat, sekiranya kawasan rumah mula dinaiki air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.