`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 8, 2026

Kerja gaji tinggi, rumah mampu milik pikat pengundi Johor

 Beberapa pengundi menyambut baik tawaran manifesto PH, namun mahu pelaksanaannya benar-benar seiring keadaan semasa.

rumah mampu milik
Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya menawarkan inisiatif pembinaan 80,000 kediaman mampu milik dalam tempoh lima tahun. (Gambar Bernama)
MUAR:
Pekerjaan baharu bergaji tinggi, inisiatif perumahan dan skim kesihatan ditawarkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor antara yang menarik perhatian warga negeri itu.

Beberapa pengundi yang ditemui FMT berkata langkah itu boleh membantu rakyat tetapi mahu pelaksanaannya dibuat secara realistik serta seiring dengan keadaan semasa.

Abdullah Mohamad.
Abdullah Mohamad.

Bagi pengundi muda Abdullah Mohamad, 24, dari Penggaram, Batu Pahat, dia menyambut baik inisiatif untuk menyediakan 250,000 pekerjaan baharu bergaji tinggi dan bermaruah.

Menurutnya, inisiatif itu dapat mengelakkan penghijrahan bakat dari Johor termasuk ke Singapura dan bandar besar lain sekali gus membolehkan mereka menetap serta memajukan kampung halaman sendiri.

“Saya harap pekerjaan dan gaji ditawarkan nanti betul-betul sesuai dan setimpal dengan kos sara hidup semasa,” kata pengundi berasal dari (mana).

Seah Boon Thong.
Seah Boon Thong.

Seah Boon Thong, 67, juga berpandangan inisiatif itu berkait rapat dengan penghijrahan anak muda Johor ke Singapura atau kawasan bandar lain kerana gaji di kampung halaman sering dianggap terlalu rendah.

“Gaji perlu berpatutan untuk anak muda baru keluar universiti dan lepasan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET),” kata pengundi dari Tangkak Jaya,Ledang.

Tawaran itu bakal direalisasikan dengan memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang antara komponen utamanya kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan industri bernilai tinggi.

Usaha bersepadu juga akan dilaksanakan bagi merapatkan jurang kemajuan antara daerah bagi menjana pekerjaan dengan gaji bermaruah di seluruh Johor.

 Sabariah Ali.
Sabariah Ali.

Sabariah Ali, 62,dari Kampung Istana, Batu Pahat, pula menyambut baik inisiatif perumahan seperti bantuan RM8,000 sebagai deposit rumah pertama anak Johor serta pembinaan 80,000 kediaman mampu milik dalam tempoh lima tahun.

“Pada saya tawaran itu baik tapi kena tengok juga harga rumah itu berapa.

“Kalau harga melampaui kemampuan, walaupun ada bantuan pendahuluan, akhirnya tetap membebankan rakyat,” katanya.

Norlilawati Harun.
Norlilawati Harun.

Norlilawati Harun, 58 dari Parit Raja pula melihat inisiatif kesihatan dalam manifesto itu sebagai keutamaan pada masa kini terutama bagi golongan rentan dan memerlukan.

PH menawarkan Skim Kesihatan Johor sehingga RM100,000 setahun yang bakal memanfaatkan 500,000 orang dari kelompok B40, M40 dan orang kurang upaya (OKU) yang layak.

“Ia boleh membantu rakyat mendapatkan rawatan lebih cepat dan meringankan beban jika ia boleh digunakan di pusat rawatan swasta,” katanya.

Hamsiah Hashim
Hamsiah Hashim.

Bagi Hamsiah Hashim ,49, dari Penggaram bantuan RM1,000 kepada bayi baru lahir boleh menjadi permulaan simpanan untuk pendidikan anak.

“Ibu bapa boleh menambah simpanan itu setiap tahun supaya anak mempunyai dana apabila melanjutkan pelajaran kelak.

“Kalau disimpan untuk masa depan, bila anak nak masuk universiti, boleh guna untuk bayar yuran pertama,” katanya.

Crystal Teoh
Crystal Teoh.

Crystal Teoh, 48, dari Tangkak pula tertarik dengan inisiatif mewujudkan taska yang akan difokuskan di kawasan perindustrian, pejabat kerajaan dan komuniti.

“Ini dapat membantu wanita kembali bekerja, terutama di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi terhadap pusat jagaan kanak-kanak,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.