`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 8, 2026

FAMA sumbang 1.5 tan buah untuk atlet woodball dunia

 Buah-buahan tempatan akan disajikan kepada 350 atlet pada 10th World Cup Woodball Championship di Perlis hujung bulan ini.

Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan buah-buahan tempatan oleh FAMA Perlis di Meeza Kitchen, Kampung Gial, Arau. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis akan menyumbang 1.5 tan metrik buah-buahan tempatan sempena penganjuran 10th World Cup Woodball Championship (WCWC) 2026, bulan ini.

Kejohanan bertaraf dunia itu dijadual berlangsung dari 24 hingga 30 Julai di Laman Woodball, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan berkata sumbangan itu membabitkan pelbagai buah-buahan tempatan seperti pisang berangan, rambutan dan durian.

Beliau berkata buah-buahan itu akan disajikan kepada kira-kira 350 atlet yang dijangka menyertai kejohanan berkenaan, melibatkan penyertaan dari hampir 20 negara.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan keunikan hasil pertanian tempatan kepada peserta antarabangsa, tetapi juga mempromosikan buah-buahan bermusim keluaran Perlis sebagai produk agro berkualiti.

“Ini juga peluang untuk memperkenalkan hasil tempatan Perlis kepada peserta luar negara yang hadir sempena kejohanan ini,” katanya.

Bagi memeriahkan penganjuran WCWC 2026, FAMA Perlis turut akan mengadakan Jualan Istimewa Buah-Buahan Bermusim dari 27 hingga 29 Julai.

Program jualan itu akan melibatkan hampir dua tan metrik buah-buahan bermusim yang dihasilkan pengusaha tempatan di Perlis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.