`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 8, 2026

Malaysia berisiko ketinggalan jika kapasiti pelabuhan tak ditambah, kata Loke

 Menteri pengangkutan berkata pelabuhan utama perlu diperluas bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing.

westport
Loke Siew Fook berkata Malaysia akan ketinggalan dengan jika kemudahan di pelabuhannya tidak ditambah baik dan kapasitinya kekal.
KUALA LUMPUR:
Malaysia berisiko ketinggalan dari segi daya saing pelabuhan dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang jika gagal menambah kapasiti dan membangunkan infrastruktur baharu, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata kerajaan sedang meneruskan beberapa projek strategik, termasuk pembesaran terminal Westports, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim utama di rantau ini.

“Kalau kita tidak membuat keputusan dan tidak membuat sebarang perancangan, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang Malaysia akan ketinggalan dari segi kapasiti dan infrastruktur.

“Ini perancangan jangka panjang yang sangat penting dan perlu dimulakan sekarang. Kalau tidak, menjelang 2050 kita akan ketinggalan jauh berbanding negara jiran,” katanya selepas merasmikn program ASEAN Ports and Logistics 2026.

Loke Siew Fook
Loke Siew Fook.

Loke berkata, pembangunan Pelabuhan Pulau Carey akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh hampir 20 tahun dan kini menunggu penyelesaian isu tanah dengan kerajaan Selangor sebelum kerja fizikal dimulakan.

Menurutnya, projek itu akan melengkapkan pembangunan sedia ada di Pelabuhan Klang dan membantu menjadikan kawasan itu sebagai sebuah ‘pelabuhan mega’ yang mampu bersaing dengan pelabuhan utama lain di Asia Tenggara.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata krisis geopolitik di Asia Barat memberi cabaran kepada perdagangan global, namun operasi pelabuhan Malaysia setakat ini tidak terjejas secara ketara.

Katanya, jumlah kargo di Port Klang dan PTP juga terus mencatat pertumbuhan walaupun ketidaktentuan geopolitik memberi tekanan kepada aliran perdagangan dunia.

“Walaupun ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat memberi cabaran kepada perdagangan global, ia turut membuka peluang kepada Malaysia kerana negara ini dilihat sebagai lokasi selamat bagi aktiviti pemindahan kargo kapal,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.