`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, August 14, 2026

Reformasi dulu reformasi sekarang

 Masih adakah reformasi? Ada. Mungkin reformasi sekarang berbeza dengan reformasi dulu.

Mohsin Abdullah

Memulakan artikel ini dengan kisah lama. Mengimbau tahun 2000. Kawan yang bekerja di bilik berita stesen TV kerajaan waktu itu beritahu saya petugas dilarang menggunakan perkataan atau istilah ‘keadilan’ apabla menulis laporan berita walaupun bukan berita politik.

Mengapa tanya saya. “Kerajaan bimbang penonton akan ingat Parti Keadilan,” jawab si kawan. “Lalu korang tulis camna kalau kena guna istilah tu masa buat laporan?” tanya saya lagi. Jawapannya mudah: “Guna ‘kesaksamaan’ instead of ‘keadilan'”. Bagi saya itu membimbangkan untuk wartawan meskipun melucukan.

Lagi satu cerita tahun 2000. Saya masa itu bertugas untuk akhbar The Sun menemui beberapa ketua Umno bahagian untuk tulis artikel pasal parti mereka. Salah seorang daripada mereka bercakap mengenai apa yang menurutnya Umno mesti lakukan to continue to be relevant. Beliau dan rakan-rakan kata Umno tidak boleh duduk pada takuk lama tetapi mereka tidak mahu nama disiarkan for obvious reasons.

Jawab saya, “maknanya what you’re saying is Umno perlu reformasi lah”. Dengan cepat beliau balas: “Jangan tulis ‘reformasi’. Tulislah ‘pembaharuan'”. Sebab? Sebut reformasi orang akan rujuk Parti Keadilan Nasional ketika itu, kini PKR.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah reformasi memang dikaitkan dengan PKR, bahkan sinonim. Semasa penubuhannya, PKR menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Semuanya digelar reformis. Mereka melancarkan apa yang dipanggil gerakan reformasi untuk menentang apa yang disifatkan kezaliman pemerintah dan menuntut keadilan, termasuk untuk Anwar Ibrahim. Itu ringkasannya.

Sekarang PKR sudah menjadi pemerintah. Anwar sudah jadi perdana menteri. Tidak boleh dinafikan apabila parti sudah menang untuk jadi kerajaan ia akan menarik minat pelbagai golongan termasuk mereka yang ada agenda sendiri. Mahu nikmati the spoils of war gamaknya.

Jadi masih adakah reformis dalam PKR? Ada. Otai dan reformis baharu yakni anak muda. Masih adakah reformasi? Ada. Mungkin reformasi sekarang berbeza dengan reformasi dulu.

Mungkin bagi reformis sekarang, reformasi dulu sudah capai matlamat dan kini reformasi baharu memerlukan cara lain untuk menggerakkannya. Tetapi apa reformasi baharu itu? Sebagai penulis yang memerhati daripada luar saya tidak tahu. Ini golongan muda dan pemimpin PKR kena tahu sendiri.

Namun bagi Pengerusi PKR Johor Hassan Karim, ada kebimbangan mengenai masa depan kepimpinan parti khususnya keupayaan melahirkan generasi baharu pemimpin muda.

Keadaan ini berlaku apabila PKR kehilangan beberapa tokoh yang pernah main peranan penting dalam memperkukuh parti, katanya. Tentulah beliau merujuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Terbaharu Wong Chen. Jangan lupa juga Nurul Izzah melepaskan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

“Nurul Izzah satu-satu pemimpin yang boleh ke depan lagi tetapi dia pula letak jawatan,” kata Hassan. Pagi ini Nurul Izzah menyempurnakan her official duty buat kali terakhir dengan merasmikan serentak persidangan Pemuda dan Wanita PKR.

As said before this, it will be interesting to see or rather hear what she got to say in front of the delegates terutama untuk menjustifikasi tindakan melepaskan jawatan nombor dua parti. But bear in mind everything is possible in politics.

“Tak mengapa benda sudah berlalu Nurul Izzah tetap setia dengan parti. Ini saya sebut dulu reformasi jangan mati,” kata Hassan. Kata penganalisis dan pemerhati politik, PKR has survived the loss or departure of senior leaders before.

Esok di Melaka akan berlangsung Kongres PKR 2026. Temanya ‘Memugar Reformasi Membina Madani’. Bagi saya ini tema menarik. Memugar membawa erti memperbaiki, memperelok semula, membaharui atau memulihkan. Makna semua itu PKR mahu atau mesti lakukan. Bukan sahaja parti. Kerajaan juga kerana Anwar ialah presiden PKR dan juga perdana menteri. Sudahkah kerajaan pimpinannya melakukan reformasi? Sudah. Adakah mencnkupi? Belum kerana ada yang dijanjikan belum dilaksanakan.

Namun perlu dinyatakan ada reforms yang dituntut rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu agak sukar atau mustahil dilakukan kerana keadaan dan komposisi rakyat negara ini. Tak perlu dihuraikan. Ini realiti. Tetapi memang ada reforms yang boleh dan mesti dilakukan.

Berbalik tema kongres. Bab ‘membina Madani’. Saya melihat ini janji atau seruan supaya PKR perkukuhkan kerajaan, after all they are in government. Jadi Anwar mesti mengerakkan parti dan kerajaan untuk mencapai hasrat itu demi rakyat dan negara.

Mesti akui PKR tidak sihat atau not in the best of health walaupun tidaklah sakit. Ada kem dalam parti. Bekas ahli yang di luar parti masih ada penyokong di dalam parti. PKR kelihatan lethargic. Hilang focus.

Di samping itu prestasi PKR dan Pakatan Harapan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan tempoh hari memang mencemaskan mereka. Ahad ini DAP akan buat keputusan berhubung status mereka dalam kerajaan. Semua ini membimbangkan PKR selaku penggerak utama PH.

Maka Anwar mesti menyuntik semangat, mencari formula perpaduan, merapatkan barisan serta memperbetulkan keadaan. Juga menyiapkan gabungannya menghadapi PRU akan datang. Anwar ada something up his sleeves? Di samping itu mesti merangka pelan jangka panjang kerana it’s not only about elections.

Tentu Anwar tidak mahu tengok tema menarik kongres hanya tinggal tema sebaik kongres ditangguhkan.

Seperkara lagi. Ada dalam kalangan pemimpin parti dan kerajaan kelihatan letih dan lesu. Anwar at 79 lebih aktif dan cergas berbanding mereka yang jauh lebih muda. Mungkin Anwar boleh ajar mereka macam mana nak atasi kelemahan, keletihan serta kelesuan? - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.