`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, August 13, 2026

Situasi global ubah corak perbelanjaan, pengguna kini lebih berhemah

 Beberapa pengguna berkata perubahan itu dibuat walaupun bekalan makanan dan barangan keperluan masih mencukupi.

supermarket pasaraya
Kerajaan laksana pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan kepada pengguna akibat gangguan rantaian bekalan berpunca krisis global. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Ketidaktentuan ekonomi dan tekanan bekalan global mengubah corak perbelanjaan pengguna, dengan rakyat kini lebih berhati-hati mengurus kewangan dan mengutamakan keperluan harian.

Beberapa penduduk di Negeri Sembilan berkata perubahan itu berlaku ketika harga barangan dan kos sara hidup meningkat, walaupun bekalan makanan serta barangan keperluan masih mudah diperoleh.

Pengusaha gerai makan, Aliff Amran, 33, berkata beliau kini lebih berdisiplin mengurus perbelanjaan sebagai peniaga dan pengguna.

Aliff Amran.

“Kita tak boleh mengawal apa yang berlaku di peringkat global.

“Apa yang boleh dibuat ialah menyesuaikan cara hidup dan mencari jalan supaya kita terus mampu bertahan,” katanya kepada FMT.

Pandangan sama dikongsi eksekutif pemasaran, G Dharnes, 25, yang mengakui peningkatan kos sara hidup dirasai, namun keadaan bekalan dan ekonomi negara masih terkawal.

“Kos sara hidup memang meningkat sedikit, tetapi saya rasa keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak seteruk di negara lain.

G Dharnes.

“Apa yang penting ialah kita terus mengurus kewangan dengan baik, di samping kerajaan meneruskan inisiatif yang dapat membantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, ahli farmasi Koo Oi Sen, 50, berkata bekalan ubat-ubatan dan barangan farmasi di kawasannya juga masih mencukupi tanpa berlaku kekurangan stok.

Beliau berharap usaha memastikan bekalan barangan keperluan kekal stabil dan harga berpatutan diteruskan bagi membantu rakyat serta peniaga menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Krisis bekalan global akibat ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan antarabangsa memberi tekanan kepada harga tenaga, kos logistik serta beberapa komoditi, termasuk di Malaysia.

Kerajaan melaksanakan beberapa langkah bagi menangani kesannya, antaranya penubuhan Pasukan Petugas Pengurusan Krisis, pemantauan bekalan dan harga secara berterusan serta pembangunan Dashboard Pantau Krisis Bekalan Global.

Dashboard yang dibangunkan Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia itu membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan berkaitan bekalan, harga dan rantaian bekalan negara secara hampir masa nyata. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.