`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, August 12, 2026

Raja Perlis berkenan terima menghadap ketua audit negara

 Pertemuan itu mencerminkan komitmen mendukung usaha perkukuh tadbir urus, integriti, dan akauntabiliti.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Balai Mengadap Biru, Istana Arau. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Istana Arau dalam kenyataan, memaklumkan sesi menghadap pada semalam itu mencerminkan hubungan erat terus terjalin antara institusi diraja Perlis dengan Jabatan Audit Negara bagi mendukung usaha memperkukuh tadbir urus, integriti serta akauntabiliti dalam pentadbiran awam.

“Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi menzahirkan komitmen bersama terhadap pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan prinsip ketelusan, kecekapan, dan pengurusan kewangan yang berhemah.

“Selain itu, pertemuan berkenaan menggambarkan iltizam berterusan semua pihak dalam memastikan amalan pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap, telus serta berintegriti terus menjadi asas penting kepada kemajuan Perlis,” menurut kenyataan itu.

Katanya, pendekatan itu selaras aspirasi memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu usaha berterusan dalam memperkasakan tadbir urus yang baik, diyakini bukan sahaja mampu memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan, bahkan pemangkin pembangunan Perlis yang mampan, inklusif, dan berdaya saing. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.