`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, August 13, 2026

Ubah suai gambar: Rosol Wahid tuntut permohonan maaf

 Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid kata beliau telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Rosol Wahid
Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid kata kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina, mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, menuntut seorang warga net memohon maaf atas gambar diubah suai yang tersebar di platform Thread.

Wakil rakyat Perikatan Nasional itu berkata hantaran tersebut dikenal pasti dibuat di akaun Thread yang menggunakan profil ‘Nur Mushawwir Hrsikesa’. Rosol mengaitkan profil itu dengan Nur Mushawwir Hrsikesa Thaitchana Muruthi, yang didakwanya seorang penjawat awam dan aktif dalam politik sebagai naib ketua Pemuda PKR Pulau Pinang.

Rosol berkata beliau telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mushawwir, dan menuntut Mushawwir dan mana-mana pihak yang telah mengulang siar hantaran itu untuk memadam hantaran berkenaan serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan segera.

“Saya mengambil langkah ini bagi mempertahankan nama baik dan maruah saya,” katanya di Facebook.

Rosol berkata beliau mengambil serius tindakan pihak yang telah memuat naik dan menyebarkan gambarnya di Dewan Rakyat, yang telah diubah suai dengan berpakaian persalinan pengantin perempuan.

Katanya, perbuatan tersebut amat tidak wajar, berniat mengaibkan serta menjejaskan maruah dan reputasi beliau sebagai seorang Muslim dan Ahli Parlimen.

“Kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina, mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi yang melanggar batas dan adab dalam Islam,” katanya.

Semalam, media melaporkan Rosol ketika di Dewan Rakyat menyifatkan sidang khas mengenai laporan suruhanjaya siasatan diraja berkaitan Tabung Haji tidak lengkap, seolah-olah majlis perkahwinan diadakan tanpa pengantin.

Speaker Johari Abdul kemudian menegaskan bahawa majlis itu adalah suatu persidangan, dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi ada di Dewan Rakyat untuk mewakili Jemaah Menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.