`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, October 25, 2026

8 kawasan catat IPU tidak sihat

 IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemar udara tertinggi, iaitu 192.

jerebu sarawak
Lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama kualiti udara tidak sihat iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109). (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 6 petang, dengan IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) tertinggi, iaitu 192.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama, iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109).

IPU tidak sihat juga direkodkan di Paka, Terengganu (156) dan Pasir Gudang di Johor (152).

Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 10 lagi kekal pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.