Ketua Pengarah Perikanan Adnan Hussain berkata keadaan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahawa spesies berkenaan tiada di empangan tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perikanan Adnan Hussain berkata keadaan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahawa spesies berkenaan tiada di empangan berkenaan.
Katanya, sebelum ini penemuan ikan piranha telah disahkan di kawasan tersebut dan program mitigasi ini adalah antara usaha bagi mengawal populasi ikan asing serta mengurangkan risiko gangguan terhadap spesies ikan tempatan.
“Tiada ikan piranha ditemukan atau ditangkap sepanjang program ini. Namun, pemantauan dan penilaian saintifik perlu diteruskan bagi mengenal pasti kehadiran serta taburan spesies berkenaan,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai penemuan seekor ikan yang didakwa menyerupai jenis piranha di Empangan Klau sehingga menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.
Jabatan itu dalam kenyataan sama memaklumkan selain aktiviti tangkapan, penyelidikan menggunakan kaedah DNA persekitaran (environmental DNA atau eDNA) turut dilaksanakan dalam program ini bagi membantu mengesan kemungkinan kehadiran ikan piranha di Empangan Klau.
Kaedah ini membolehkan sampel air dianalisis bagi mengesan bahan genetik yang mungkin ditinggalkan oleh organisma akuatik.
“Keputusan akhir penyelidikan eDNA akan ditentukan selepas proses analisis dan penilaian saintifik selesai.
“Sebarang kesimpulan mengenai status kehadiran piranha di Empangan Klau perlu mengambil kira hasil analisis tersebut bersama maklumat pemantauan dan bukti lapangan yang berkaitan,” katanya.
Program mitagasi yang dijalankan di empangan berkeluasan kira-kira 25km persegi itu melibatkan 150 peserta, terdiri daripada 100 pemancing, 32 peserta menjala dan 18 peserta menjaring.
Sepanjang program, sebanyak 156.6kg ikan asing direkodkan, melibatkan tiga kumpulan utama, iaitu Peacock Bass, Tilapia Zebra dan Lampam Jawa. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.