`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 9, 2026

Gaji minimum RM2,000 bukan alasan naik harga barang, kata Fomca

 Fomca mahu kerajaan pantau harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikan manfaat kenaikan gaji minimum tidak terhakis akibat peningkatan kos sara hidup.

IKS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 yang dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.
PETALING JAYA:
Peniaga tidak seharusnya menjadikan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 sebagai alasan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara tidak munasabah, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah, berkata kerajaan perlu memantau harga bagi memastikan peningkatan pendapatan pekerja tidak terhakis akibat kenaikan kos sara hidup.

Katanya, Fomca menyokong langkah kerajaan meningkatkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan yang mampu meningkatkan kuasa beli pekerja.

Bagaimanapun, Saravanan berkata kerajaan perlu memperjelas kategori pekerja dan majikan yang tertakluk kepada kadar baharu itu, termasuk syarat pengecualian bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Paling penting kerajaan perlu memantau kemungkinan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak munasabah atas alasan peningkatan kos gaji,” katanya kepada FMT.

Pada pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 yang dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Bagaimanapun, PMKS dengan jualan tahunan kurang RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baharu itu bagi memberi ruang kepada mereka menyesuaikan model perniagaan masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S Mageswari, menyifatkan kenaikan kepada RM2,000 sebagai penambahbaikan, namun berpendapat jumlah itu masih rendah untuk menampung keperluan hidup pekerja.

“CAP telah lama memperjuangkan kenaikan gaji minimum, termasuk menggesa pelaksanaan gaji bermaruah. Kenaikan gaji minimum adalah perlu bagi memastikan keadilan sosial dan ekonomi.

“CAP percaya kenaikan gaji minimum mesti diiringi langkah kawalan inflasi dan pemantauan harga barang supaya manfaat sebenar dapat dirasai rakyat tanpa dibebankan dengan kenaikan kos hidup,” katanya.

Mageswari turut menegaskan pekerja dalam sektor PMKS juga berhak menikmati kadar gaji minimum baharu itu dan tidak sepatutnya terus ketinggalan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menyediakan sokongan tambahan, termasuk bantuan peralihan kepada PMKS, bagi membolehkan majikan menyesuaikan diri dengan kenaikan gaji berkenaan.

“Setiap pekerja berhak kepada kehidupan yang bermaruah dan mampu menyara keluarga dengan lebih selesa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.