`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Tuesday, October 6, 2026

GP Bahrain di litar Sepang angkat imej Malaysia, kata PM

 Perdana menteri turut zahir penghargaan khusus kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna ini.

Acara F1 GP Bahrain dianjurkan di SIC sepanjang 2 hingga 4 Okt lepas, selepas ia dibatalkan pada awal musim susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kejayaan Malaysia menganjurkan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), yang melabuhkan tirai Ahad lepas, berjaya mengangkat imej negara di persada antarabangsa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, acara sukan permotoran berprestij itu bukan sahaja membolehkan peminat tempatan kembali merasai kehangatan aksi F1 di tanah air, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan.

“Penghargaan khusus kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna ini. Semoga hubungan erat kedua-dua negara terus mekar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, yang turut disertakan video sorotan perlumbaan itu.

Menerusi video itu, beberapa peminat tempatan turut menzahirkan penghargaan atas peluang menyaksikan perlumbaan bertaraf dunia tersebut, khususnya dengan tawaran tiket pada harga berpatutan serendah RM200.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara berkenaan sehingga meninggalkan kenangan istimewa buat rakyat Malaysia serta peminat F1 dari seluruh dunia.

Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain, sekali gus menyaksikan aksi F1 kembali ke SIC selepas sembilan tahun.

Penganjuran bersejarah itu menyusuli perbincangan serta hubungan akrab Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, diikuti kerjasama erat antara kerajaan kedua-dua negara bagi memastikan perlumbaan berkenaan kekal dalam kalendar F1 2026 selepas ia dibatalkan pada awal musim susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.