Ia bagi menentukan sama ada cip dibawa masuk ke Malaysia atau melalui Malaysia telah dieksport semula, dan sama ada ia selaras undang-undang.

Ia termasuk sama ada pengeksportan semula itu dijalankan selaras dengan undang-undang, kata Timbalan Menteri Sim Tze Tzin.
“Malaysia akan menjalankan semakan sendiri secara bebas, selaras dengan undang-undang Malaysia dan berdasarkan bukti yang sedia ada,” katanya, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Miti di Dewan Rakyat.
Sim berkata Miti akan meneruskan libat urus dengan pemain industri bagi mengenal pasti tahap pendedahan, menilai implikasi terhadap operasi dan eksport syarikat tempatan, serta memberikan panduan berkaitan keperluan pematuhan kawalan eksport.
“Langkah ini penting bagi memastikan industri semikonduktor tempatan terus mengekalkan akses kepada pasaran antarabangsa, daya saing dan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global,” katanya.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Miti berjumlah RM1,976,267,500 bagi 2027 seperti diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 dengan suara majoriti, selepas dibahaskan 13 Ahli Parlimen.
Persidangan bersambung Isnin. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.