`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 5, 2018

Dr Mahathir pentingkan dirinya, tidak kisah belia, kata Khairy

Ketua Pemuda Umno itu berkata perancangan untuk negara perlu diteruskan selepas Wawasan 2020.
Khairy-Jamaluddin-mahathirKUALA LUMPUR: Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah amat menyedihkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang kesal bekas perdana menteri itu menolak pelan 30 tahun yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak itu.
Khairy berkata TN50 adalah suara golongan muda Malaysia yang menyaksikan berjuta-juta golongan muda telah tampil untuk berkongsi harapan, impian dan aspirasi untuk membina masa depan bersama.
“Tetapi bagi kamu (Dr Mahathir), semuanya tentang legasi peribadi kamu. Ia disempitkan kepada Wawasan 2020 lawan TN50. Betapa sedih dan betapa remeh-temeh.
“Saya telah banyak kali menjelaskan secara terperinci betapa kedua-dua gagasan adalah sebahagian daripada naratif utama kisah rakyat Malaysia. Cerita kejayaan dan pembangunan secara berterusan. Tetapi bagi kamu, semuanya hanya tentang legasi kamu, Saya, diri saya, Mahathir,” kata Khairy semalam.
Beliau mengulas komen Dr Mahathir yang TN50 merupakan pengakuan kerajaan bahawa ia gagal merealisasikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan.
Wawasan 2020 adalah gagasan Dr Mahathir yang diperkenalkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam, dan bermatlamat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
TN50, yang diilhamkan Najib, ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt, 2016, adalah dasar mencorakkan hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020.
Dalam kenyataan sama, Khairy turut menyanggah dakwaan Dr Mahathir bahawa TN50 meniru Wawasan 2020 dan menjelaskan bahawa ia adalah kesinambungan kepada perancangan jangka panjang yang sudah menjadi amalan dalam usaha membangunkan Malaysia.
Katanya, oleh kerana Wawasan 2020 akan tamat dalam tempoh dua tahun lagi, maka negara memerlukan satu aspirasi baharu yang mengambil kira perkembangan terkini yang tidak wujud sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan.
“Apakah Tun Dr Mahathir berpandangan bahawa selepas 2020 , kita tidak perlu lagi apa-apa perancangan jangka panjang dan tidak perlu lagi aspirasi yang baharu untuk membawa negara kita jauh ke hadapan?
“Saya rasa rakyat Malaysia ingin melihat kita meletakkan sasaran yang lebih tinggi untuk 30 tahun akan datang dan bukannya menjadi sebuah negara yang ‘stagnant’ dan tidak lagi mengejar kemajuan,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.