`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 30, 2018

UMNO JUGA PERLU MENANG BANYAK KERUSI UNTUK KEKALKAN NAJIB

SHAH ALAM – Bersatu tidak menolak kenyataan Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa parti itu perlu menang banyak kerusi supaya pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan untuk diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (Harapan) memenangi PRU14 nanti.
Ketua perangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, bagaimanapun bukan hanya Bersatu dan Mahathir, malah Umno dan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berhadapan perkara sama.
“Ya, memang betul kita (Bersatu) perlu menang lebih banyak pada PRU14 ni dan barulah Mahathir boleh jadi perdana menteri.
“Sama jugalah dengan Najib,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Baru-baru ini, Tengku Razaleigh membuat kenyataan Mahathir bakal menerima cabaran getir untuk menjadi perdana menteri yang ketujuh jika pakatan pembangkang itu menang PRU14 nanti.
Katanya, untuk merealisasikan impian itu, bukan sahaja Harapan mesti memenangi PRU14 tetapi parti Mahathir iaitu Bersatu perlu memenangi kerusi terbanyak mengatasi parti komponen yang ada.
Pada masa sama, Kamaruddin yakin Bersatu mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 berbanding 52 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.
“Pada pilihan raya ini kita diberikan sebanyak 52 kerusi dan sudah menjadi tugas kita untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Bersatu pada setiap kerusi.
“Walaupun peluang untuk menangi ke semua kerusi itu agak sukar, namun ia tidak mustahil untuk kita mencapai kemenangan sekurang-kurangnya di 40 kerusi,” katanya.
– Sinar Harian

1 comment:

  1. I am Mrs.Irene Query from Singapore i was in need of a loan of $150,000 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Dr Purva Pius,and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentloan22@gmail.com) Approvals within 2-4 Hours.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.