`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 30, 2018

PAKATAN HARAPAN PILIHAN BARU RAKYAT KELANTAN

ORANG Kelantan disifatkan sebagai orang yang berani melakukan perubahan, redikalis. Itulah gelar kepada orang Kelantan dalam politik. Mereka tidak kekal kematu hanya dengan sebuah kerajaan mentadbir dan memerintah mereka seperti rakyat negeri lain. Mereka berani dan sanggup berubah demi nasib mereka. Lantaran perubahan itu Kelantan pula dikenali sebagai universiti politik terbuka.
Sejarah menunjukkan sudah tiga kali kerajaan Kelantan bertukar ganti. Pertukaran itu berlaku di antara dua buah parti (komponen) sahaja, PAS dan Umno. Pertukaran pertama tahun 1959, yang kedua 1978 dan ketiga 1990.
Pilihan raya ke 14 peluang terbaik untuk rakyat Kelantan membuat muhasabah untuk menukar kerajaan Kelantan sekali lagi. Ini peluang keemasan yang boleh dilaksanakan dengan fantastik. Kali ini rakyat Kelantan berpeluang untuk memilih bukan sahaja BN dan PAS, dua kelompok yang sudah usang, atau sudah “cemuh”, tetapi ada komponen baru yang belum tertitik sebarang noda dan dosa. Komponen itu ialah PAKATAN HARAPAN (PH) yang mana kewujudannya hasil terlahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM.
Peluang ini terbaik buat rakyat Kelantan. Apa lagi keberadaan PH kini setanding dengan kedudukan BN dan PAS sendiri khususnya dari segi kepimpinan. Dari segi kekuatan (kekuatan) kewujudannya di seluruh mukim, daerah dan kawasan di Kelantan. Di mana ada PAS dan BN, disitulah ada PH. Bukan itu sahaja pemimpin, tokoh yang mengagaskan komponen itu juga setanding, berpengalaman bahkan ada ciri-ciri jauh lebih baik daripada pemimpin Umno dan PAS sendiri.
Misalmya Husam Musa yang menjadi Pengerusi PH Kelantan tidak perlu disebutkan lagi kebolehan dan keistimewaan yang ada kepadanya. Dari dahulu hingga kini beliau didambakan untuk dijadikan orang nombor satu kerajaan Kelantan.
Husam seperti ucap Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat beliau dilahirkan bukan sahaja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia juga. Mungkin kata-kata Nik Aziz itu dilihat dalam makna berlapis, tetapi hakikat yang ada kepada Husam dapat disambar dek mata realiti. Apabila mendengari dan menghayati idea yang diterapkan melalui ucapan ia menyerlahkan kehebatan beliau sebagai pemimpin politik. Sebab itu beliau selalu diletakkan sepentas dengan Dr Mahathir Mohamad.
Begitu juga dengan pemimpin lain, Kamaruddin Md Noor yang menjadi Pengerusi PBBM Kelantan, beliau bukan sahaja bekas wakil rakyat tetapi seorang korporat yang berjaya. Penglibatan luasnya dalam gerakan Islam dunia sewaktu dalam ABIM, Wamy dan sebagainya menjadikan beliau adalah satu-satu tokoh perjuangan Islam Malaysia dan pemimpin PPBM bertaraf Nusantara atau Asia Pasifik setidak-tidaknya.
Sepatutnya rakyat Kelantan sudah insaf dengan kedua buah parti Umno dan PAS yang diberi peluang menerajui kerajaan di Kelantan untuk kesekian lama itu. Penilaian secukupnya perlu pun dibuat. 18 tahun bersama Pas, 12 tahun bersama UBN dan 27 tahun sekali lagi bersama Pas.
Rakyat dan komuniti Kelantan boleh menilai dengan penuh teliti dan membuat hipotesis apa-apa perubahan yang berlaku di Kelantan dari semua aspek. Pembangunan material dan juga pembangunan kerohanian yang menjadi impian dan dambaan rakyat Kelantan harus diukur dengan penuh kesaksamaan dan keinsafan menggunakan neraca yang rasional.
Pencapaian oleh kedua-dua kerajaan itu patut dijadikan perbandingan. Apakah Kelantan boleh diletakkan sebagai negeri yang mempunyai kehebatan dan kelebihan tersendiri tatkala kedua buah parti itu memerintah Kelantan. Apakah mercutanda indah yang dibina untuk hampir 1 juta rakyat Kelantan oleh kedua-dua komponen itu selama ini?
Menjelang Piraum 14 ini sekali lagi parti-parti itu menjanjikan bulan dan bintang, laut dan gunung kepada rakyat. Pelbagai rangka pembangunan akan dipersembahkan kepada rakyat, persis persembahan hidangan untuk sesembah di era aminisme.
Sudah tentu BN dan PAS akan berlumba menabur janji dan juga saling menafikan akan ketepatan janji masing-masing. Rakyat Kelantan tidak perlu terpengaruh dengan janji-janji itu kerana ia sudah lama ditaburkan. BN menabur janji sejak tahun 1959 lagi manakala PAS pula menabur janji Islamnya sejak tahun 1955 lagi. Janji itu terbawa hingga ke hari ini di mana tidak sampai separuh menjadi kenyataan. Benih Islam yang ditanam PAS tidak sampai tumbuh merimbun.
Diambil dua subjek sahaja. PAS menjanjikan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan Umno pula menjanjikan pembangunan infastruktur. Kedua-dua masih lagi tertera di atas kertas. Sampai ke hari ini infastrukrut berupa jalan raya, lapangan terbang yang boleh dibina oleh UBN tidak terbina dan masih belum dapat digunakan. Bayangkan sudah berdekad rakyat Kelantan dimandikan dengan janji dan retorik.
Kenyang dan borai dengan janji
Terbahru presiden Umno sendiri menjanjikan untuk membina tebatan banjir di Kelantan bernilai RM540 juta. Sudah berpuluh kali projek itu diumumkan namun masih belum menjadi kenyataan. Setiap kali banjir menerjah Kelantan dan menjelang pilihan raya, maka janji seperti itulah yang dicampak. Melihat cara Umno berjanji seolah-olah mereka melihat orang Kelantan pelahap dengan janji.Jika dihimpun segala janji-janji mereka mungkin tujuh buah stadium seluas stadium Sultan Muhamamd ke IV itu pun tidak mencukupi untuk memuatkannya. Selama ini rakyat Kelantan kekenyangan dan borai dengan janji-janji politik itu.
Janji adalah sesuatu yang semestinya dalam pilhan raya yang dinamakan manifesto. Tanpa manifesto mana-mana parti tidak dapat merangka pelan pembangunanya untuk dibayangi oleh rakyat. Tetapi apa yang juga perlu dilihat ialah sejauh mana peneraju kerajaan nanti, wakil rakyat dan ahli parlimen mampu mengimplimentasikan segala tawaran itu. Segala janji itu harus dijelmakan menjadi realiti, janji yang pratikal bukan kata yang khayal.
Berkaitan tawaran itu ia boleh dilaksanakan dengan dua perkara, kewangan dan juga idea. Tanpa sumber kewangan ia tidak mungkin sesuatu projek yang ditelurkan dengan idea yang baik dapat dibangunkan pembangunan. Pun begitu juga tanpa idea, pemikir dalam kerajaan walaupun ada wang ia tidak dapat menjamin terbinanya pembangunan. Kewangan itu dapat dijana oleh pemimpin yang ada idea dan kreatif.
Ertinya sumber kewangan dan idea penting. Sumber kewangan pula boleh dijana menerusi pemikiran. Pemikiran, kewangan dan keikhlasan penting untuk membina pembangunan. Ketiga elemen ini harus bersekali.
27 tahun rakyat telah memberi peluang kepada PAS untuk membangun negeri itu. Apa yang ada hari ini kita dapat saksi dan nilai sendiri dengan penuh keta’akulan. Jangan nilai dengan sentimen politik sempit. Apakah tempoh yang diberikan rakyat itu, dengan kekayaan hasil bumi negeri yang ada, pembangunan dipersembahkan kepada rakyat sepadan?
Tidak dinafikan ada pembangunan di Kelantan, tetapi ia tidak setanding dengan tempoh dan harapan yang diberikan oleh rakyat. Rakyat Kelantan mengharap pembangunan bukan di atas kertas berbentuk retorik tetapi yang terpampang dibumi nyata yang praktikal. Paling dikesalkan rakyat, pembangunan itu hanya sebuah janji.
Satu apsek lagi ialah integriti yang ada kepada pemimpin yang menawarkan segala janji itu. Kenapa Umno ditolak ialah kerana masalah integriti pemimpinnya. Kerakusan pemimpin Umno yang disaksikan oleh rakyat selama ini menyebabkan parti itu ditolak oleh rakyat. Kebetulan pula PAS menggunakan lebel Islam untuk berhadapan dengan Umno, turut sama terpalit dengan perangai dan sikap pemimpin Umno yang “hubbud dunia”. Iya apabila seseorang wakil rakyat memiliki lebih 10 buah kereta mewah apakah itu tidak habbud dunia?
Dalam perebutan itu, PAS menjadi pilihan rakyat. Rakyat Kelantan ternyata lebih menarik dan terpesona kepada lebel Islam. Janji untuk mendaulatkan Islam lebih diberi perhatian berbanding pembangunan ukhrawi. Jalan ke syurga lebih dirindui tanpa berfikir kepada keperihan halangannya, berbanding jalan ke neraka yang selesa dan menyeronokkan nafsu amarah.
Hari ini pembangunan material dan kerohanian, Islam tidak hadir seperti diharapkan. PAS gagal memenuhi kehendak rakyat Kelantan seperti dijanjikan. Dengan perangai dan aksi para pemimpinnya yang terpamer dimana setengah hampir sama dengan pemimpin Umno yang rakus. Ada yang sanggup melantik amil untuk memungut nafkah politik. Corak dan stail kehidupan pemimpin PAS salin tidak tumpah, malahan ada mengalahkan gaya dan stail hidup pemimpin UBN. Perhatilah kemewahan hidup di antara pemimpin PAS dengan pemimpin Umno sekarang ini.
Seperti dikatakan tadi, rakyat Kelantan ada pilihan baru untuk dicuba. Rakyat Kelantan kini ada Pakatan Harapan yang muncul menjadi satu parti akan berjanji untuk melakukan perubahan kepada Kelantan. PH walaupun lahir dari serpihan Umno dan PAS, tetapi ia berbeza kerana mereka orang-orang yang beritegriti, yang kompetem dan mempuyai azam yang ikhlas kepada rakyat Kelantan. Atau dalam maksud lain belum ada rekod buruk.
Dikatakan begitu mereka sanggup meninggalkan parti yang boleh dimanfaatkan untuk diri mereka. Tetapi kerana mereka lebih memikirkan soal rakyat dan negeri, mereka sedia meninggalkan parti lama yang mulai buruk dan boborak bagi membina sebuah wadah baru demi rakyat dengan lebih gemilang lagi.
Nah, rakyat Kelantan jangan mengabai dan melepas peluang yang terbuka kini. Pakatan Harapan boleh dijadikan alternatif terbaik kepada BN dan juga PAS.
– http://msomelayu.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.