`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 16, 2018

Dua janda ditangkap khalwat

am@hmetro.com.my
DUA beradik ibu tunggal dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) kerana berkhalwat di hotel bajet di Changlun, tengah malam tadi.
Mereka yang berusia 29 dan 33 tahun ditahan bersama pasangan masing-masing antara 12.15 dan 12.30 tengah malam oleh anggota PADKP yang melakukan operasi hasil maklumat awam.
Ketua Operasi PADKP, Azwan Azman berkata, pada mulanya beliau bersama tujuh anggotanya yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di hotel terbabit mendapati bilik bertutup dan berkunci dari dalam.
Katanya, selepas mengetuk pintu bilik hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa.
"Lelaki itu membenarkan kami masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan lanjut dan menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap dalam bilik berkenaan.
"Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri, malah wanita berusia 33 tahun itu mendakwa dia berstatus janda," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azwan berkata, pemeriksaan di bilik kedua mendapati terdapat satu lagi pasangan bukan mahram menyewa di situ dan lelaki dalam bilik berkenaan ditemui hanya bertuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati nama bapa yang tertera pada Mykad wanita di bilik pertama dan kedua adalah sama dan selepas disoal siasat, mereka mengaku adik-beradik.
"Wanita di bilik kedua itu juga mengaku ibu tunggal dan pasangan mereka yang masing-masing berusia 37 dan 29 tahun itu adalah rakan sekampung," katanya.
Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai menyewa bilik di situ sejak dua hari lalu sebelum dicekup berkhalwat.
person in a room: Anggota penguat kuasa PADKP menyoal siasat pasangan adik beradik yang ditahan bersama pasangan masing-masing dalam bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Changlun malam tadi. FOTO Ihsan PADKP© Provided by Media Prima Anggota penguat kuasa PADKP menyoal siasat pasangan adik beradik yang ditahan bersama pasangan masing-masing dalam bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Changlun malam tadi. FOTO Ihsan PADKP
Kedua-dua lelaki itu hanya bekerja kampung manakala wanita itu dan adiknya masing-masing memiliki seorang dan dua orang anak.
Azwan berkata, semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat PADKP untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan sehingga mendatangkan syak tanpa ikatan sah suami isteri.
"Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 setiap seorang atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.