`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 9, 2018

Guru pukul murid: Sebutan semula kes pada 19 Februari

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Noor-Idzahril-AhmadJAWI: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 19 Februari untuk sebutan semula kes seorang guru didakwa mencederakan muridnya Ogos tahun lalu.
Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes Noor Idzahril Ahmad, 52, selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd Munir memohon tarikh baharu untuk penyerahan laporan perubatan murid lelaki Tahun 3 itu.
Pada 11 Disember lepas, Noor Idzahril mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa yang ketika itu berusia 9 tahun di Kelas 3 Bestari Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal pada 10.00 pagi, 2 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Prosiding hari ini dijalankan secara tertutup.
Peguam tertuduh, Mohd Fadhly Yaacob, ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata dalam prosiding hari ini pihaknya memohon kes itu dibuang berikutan sehingga kini pihak pendakwaan gagal mengemukakan laporan perubatan murid terbabit.
Beliau berkata pihak pembelaan berpendapat pertuduhan itu masih di peringkat pramatang dan masih terlalu awal untuk anak guamnya dihadapkan ke mahkamah.
“Laporan perubatan untuk kes ini masih lagi tidak dibekalkan walaupun hari ini sudah masuk kali ke-3 sebutan semula kes. Asas kepada permohonan kami adalah kes yang melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan elemen kecederaan itu perlu ada daripada awal,” katanya.
Beliau berkata sekiranya pihak pendakwaan masih gagal mengemukakan laporan perubatan pada tarikh sebutan semula akan datang, pihak pembelaan akan memohon mahkamah supaya melepaskan tanpa membebaskan guru bahasa Inggeris itu.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda yang turut hadir pada prosiding hari ini berkata pihaknya akan sentiasa bersama dengan Cikgu Noor Idzahril bagi memastikan perjuangan guru dalam mendidik murid diteruskan dalam keadaan apa sekalipun.
“Ini cabaran kecil terpaksa diharungi guru kita. Saya melihat para guru penuh bersemangat dan bersama-sama walaupun cabaran ini mungkin tidak kita tunggu-tunggukan.
“Cabaran ini mungkin lebih memberikan persediaan kepada golongan guru menghadapi cabaran dalam era pendidikan moden abad ke-21,” katanya.
Terdahulu, lebih 100 penyokong Noor Idzahril berkumpul di perkarangan mahkamah sebagai tanda solidariti kepada guru itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.