Awal minggu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua pengarah syarikat dan menyerbu beberapa agensi kerajaan Pulau Pinang dalam siasatan ke atas tiga projek lebuh raya negeri serta pembangunan terowong dasar laut.
Kes ini mencetuskan kebimbangan yang pemimpin dan negeri PH dikuasai oleh pembangkang akan terus disiasat, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar.
“Kita semua tahu ini adalah tahun pilihan raya. Tindakan SPRM terhadap projek terowong itu boleh digambarkan sebagai tindakan intimidasi terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.
Lim juga merupakan pemimpin DAP, yang memerintah Pulau Pinang sejak PRU 2008.
“Seperti biasa, sesuatu seperti ini akan menjadi bahan kempen bagi pilihan raya dalam media arus perdana. Matlamatnya adalah untuk mengalihkan sokongan rakyat daripada PH di Pulau Pinang,” kata Hisommudin.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dalam satu kenyataan pada Khamis secara tidak langsung menunjukkan kepada kemungkinan berlakunya tangkapan lanjut bergantung kepada apa ditemui oleh agensi daripada dokumen dan kenyataan saksi yang diperoleh.
Difahamkan SPRM sedang mencari dokumen berkaitan kontrak kajian projek terowong dan pembayaran pertukaran tanah kepada SPV oleh kerajaan negeri.
Kerajaan negeri sejak awal menjelaskan ia tidak membayar apa-apa kepada syarikat bagi kajian kebolehlaksanaan terowong.
Bayaran RM208 juta melalui pertukaran tanah dibuat untuk EIA (penilaian kesan alam sekitar) meluluskan tiga lebuh raya.
Lim juga berdepan tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran beberapa tahun lepas. Perbicaraan bermula pada Mac.
Mengalih perhatian
DAP dan kerajaan Pulau Pinang bukan satu-satunya parti pembangkang yang disiasat SPRM.
Presiden Warisan, Shafie Apdal, adik beradiknya dan semua pemimpin parti disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion yang diperuntukkan bagi projek pembangunan luar bandar negeri itu semasa Shafie memegang portfolio menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali juga goncang pada November lepas apabila SPRM menangkap dan menahan empat orang, termasuk anak saudara Azmin, berhubung siasatan kes perlombongan pasir secara tidak sah di Kajang.
Suspek didakwa menyuap pegawai kerajaan tempatan dalam kes yang bermula pada 2014.
Hisommudin berkata siasatan itu dilihat cuba untuk mengalih perhatian daripada skandal lain seperti penjualan tanah Felda di Jalan Semarak yang meragukan.
Bulan lepas, berita mendedahkan tanah seluas 66,000 meter persegi di Kuala Lumpur, bernilai RM270 juta, berpindah milik di bawah keadaan meragukan oleh sebuah syarikat yang diberi kuasa Felda tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya.
“Kes berskala seperti itu memerlukan SPRM lebih serius dan efisien. Setakat ini, isu besar ini tidak menimbulkan tekanan kepada bekas pengerusi Felda Isa Samad.
“Hasilnya, kes terowong itu kelihatan seperti tindakan oleh parti pemerintah untuk memberi tekanan terhadap pentadbiran DAP yang dipimpin oleh DAP,” kata Hisommudin.
Ketua Naib Ketua Pemuda PH, Faiz Fadzil menyuarakan sentimen itu, dengan mengatakan “isu rasuah sebenar dan yang jelas dilakukan oleh pemimpin Umno dan kroni mereka” seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda seolah-olah ditutup ketika tokoh pembangkang sedang disiasat.
“Adakah SPRM sangat lemah sehingga tidak dapat mencium rasuah dalam 1MDB dan skandal Felda apabila semua fakta jelas menunjukkan unsur rasuah?”
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dengan mencemar imej dan kelayakan PH adalah satu-satunya cara bagi Perdana Menteri Najib Razak dapat memujuk pengundi agar terus berpegang pada status quo dalam aspek kerajaan.
“Beliau hanya boleh melakukan ini dengan memainkan cerita: PH dan BN adalah korup, jadi jangan lepaskan BN kerana PH juga bukan malaikat,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insight.
SPRM tiada kredibiliti
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong berkata serbuan dan penangkapan pemimpin dan parti pembangkang tidak membantu memberikan ia imej tidak berat sebelah kepada SPRM.
“Tindakan mereka dilihat sebagai meneruskan agenda politik Umno.
“Ia akan memberi kesan yang ia (SPRM) cuba membantu Umno dengan memberi persepsi kerajaan Pulau Pinang, Warisan rasuah dan begitu juga dengan Azmin,” katanya.
Faiz berkata SPRM “nampaknya lebih terlibat dalam politik, dalam konteks menutup kesilapan pemimpin Umno”.
Penganalisis bebas Khoo Kay Peng berkata semua parti, sama ada dari kerajaan atau pembangkang, harus menjawab terhadap tuduhan rasuah dan salah laku, kekurangan konsistensi SPRM menyebabkan rakyat menuduh suruhanjaya itu bertindak di bawah tekanan politik.
“Sekiranya berlaku rasuah, mereka harus disiasat, tidak kira pembangkang atau bukan. Begitu juga untuk projek-projek yang berkaitan dengan kerajaan,” kata Khoo.
“Tetapi ia tidak konsisten. Sebagai contoh, lihat sahaja progres yang dibuat dalam kes 1MDB. Tiada apa-apa berlaku, tetapi inisiatif (1MDB) terus kehilangan wang dan menjejaskan negara.
“Sebab itulah sangat penting bagi agensi utama seperti SPRM bukan sahaja bertindak adil tetapi juga adil dan bebas,” katanya. – 13 Januari, 2018.
– https://www.themalaysianinsight.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.